Friday 14 October 2011

Kerana aku seorang Melayu: Sifat kemelayuan yang kian layu.


 Assalamualaikum,



''Takkan Melayu hilang di dunia.'' - Laksamana Hang Tuah. 

 Bait kata yang sangat mahsyur dalam dunia melayu. ya memang benar bangsa Melayu itu tidak hilang. carilah di timur dan di barat dunia, bangsa Melayu itu sememangnya ada samada menjadi perantau mahupun menetap di tempat orang. tak macam bangsa-bangsa seperti Red Indian ataupun Maya, bangsanya habis binasa angkara conquistador (penjajah) keparat yang sentiasa menjadi golongan opportunist yang menggila mengaut serta memonopoli segala hasil bumi yang ada sekaligus melenyapkan ketamadunan bangsa-bangsa tersebut dan akhirnya mengklaimkan diri mereka sebagai bangsa yang hebat lagi gagah. hebatkah para conquistador ini? layakkah mereka mengklaim diri mereka sebagai bangsa yang kuat dengan menafikan hak sesuatu bangsa yang lain? kuatkan mereka apabila berjaya menjajah bangsa yang lemah? gagahkah mereka apabila berjaya mengaut hasil bumi orang lain? tidak! mereka bukanlah kuat mahupun gagah seperti yang kita sangkakan. kerana sikap mereka ini tak ubah seperti seorang perompak dan juga seperti seorang pembuli. mereka adalah penzalim yang tidak layak diberi penghormatan langsung bahkan mereka adalah bangsa yang paling keji selepas bangsa-bangsa yang telah dilenyapkan oleh Allah s.w.t seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.

 Melayu abad ke-21 memang jauh bezanya jika dibandingkan dengan Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal oleh kita. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu masyarakat Melayu umpama sebuah konkrit yang sukar untuk ditembusi mahupun diruntuhkan. mereka berganding bahu dan sanggup bermandi darah dalam perjuangan menentang segala macam bentuk penentangan terhadap mereka kerana tidak rela tanah Melaka jatuh ke tangan orang lain. sebagai contoh penduduk Melaka bersama-sama para pemimpin serta sultan Melaka sendiri pada masa itu sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir untuk menyekat kemaraan para conquistador yang datang bermula daripada serangan Portugis pada tahun 1511 kemudian beralih kepada Sepanyol, Belanda sehinggalah kedatangan raja kepada segala conquistador iaitu Inggeris. kalau diikutkan dari segi logik akalnya bangsa Melayu sudah habis lenyap diatas muka bumi ini sama seperti bangsa Red Indian dan Maya sepeti saya sebutkan diawal penulisan saya kerana dek serangan bertali arus oleh para kafir laknatullah ini.

 Bangsa Filipina kehilangan identiti mereka sendiri angkara Sepanyol. sahabat serumpun kita di Indonesia merana kerana Belanda. Temasik hilang kemelayuannya angkara imigran dari tanah besar China akibat agenda Inggeris. sedangkan pada waktu dan ketika itu Melaka diancam oleh empat buah kuasa besar dari eropah. fakta yang kita harus maklum pada waktu itu kuasa utama di eropah adalah Inggeris dan pada abad ini kuasa utama dunia adalah Amerika Syarikat. sedangkan kota Jerusalem di Palestin boleh dirampas kembali daripada tangan Solehuddin al-Ayubi. siapa tidak kenal dengan Solehuddin al-Ayubi panglima Islam yang terunggul sama seperti Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menawan kota Konstantinople pada usia yang sangat muda (lingkungan 20-an) ini kan pula sebuah negara Melayu yang kecil yang tidak punya panglima Islam yang berani lagi gagah pada masa itu. siapalah Hang Tuah kalau nak dibandingkan dengan Sultan Solehuddin al-Ayubi ataupun sultan Muhammad al-Fatih?

 Tetapi untuk melenyapkan bangsa Melayu bukanlah tugas mudah bagi keparat-keparat penjajah ini. mereka berkeras dengan kita. kita akan berkeras berkali ganda daripada mereka kerana Melayu pantang dicabar! itu adalah hakikatnya Melayu pantang dicabar! Melayu itu penuh dengan kelembutan tapi dalam kelembutan itu tersimpan keterbatasan. jika keterbatasan cuba diduga bahana yang menanti. akhirnya kita ditawan oleh Inggeris bukan daripada peperangan. kita ditawan kerana sikap kita sendiri. sikap ini memang sebati dengan seluruh bangsa Melayu iaitu sifat lemah lembut. sifat inilah yang dieksplotasi oleh penjajah. mereka tahu mereka tidak boleh menundukkan orang Melayu dengan kekerasan. sebagai alternatif untuk memonopoli hasil bumi di Tanah Melayu pada ketika itu mahu atau tidak mereka gunakan pendekatan yang lebih 'mesra'. dan akhirnya satu per satu negeri di Tanah Melayu menerima residen dan negeri terakhir sekali adalah negeri Johor Darul Ta'zim.

 Itu cerita dahulu bagaimana kuatnya kemelayuan dalam diri orang terdahulu dalam menentang penjajah. ikatan persaudaraan atas nama Melayu itu tidak boleh disanggah. mereka kuat pada agama mereka setia pada bangsa. mereka adalah teladan yang harus dicontohi oleh bangsa Melayu generasi kini. kesepaduan dan kesatuan dalam Melayu-Islam. agama dijaga bangsa dijaga. kekuatan Melayu itu musnah kerana Melayu itu sendiri. sikap dengki dalam diri punca utama mengapa kekuatan yang pernah dicipta oleh nenek moyang kita lenyap begitu sahaja. bila berlaku pertikaian dalaman mulalah mencari orang ketiga untuk menyelesaikan konflik persaudaraan Melayu yang berlaku. dan kebanyakkan pihak ketiga ini merupakan golongan opportunist yang sentiasa memanipulasikan keadaan agar mereka beroleh keuntungan. konflik seumpama ini boleh dijelaskan atau difahami jika kita membaca buku teks sejarah tingkatan  4 atau 5 lebih spesifik lagi pada waktu pemerintahan British di tanah Melayu atau bagi saya lebh terarah pada zaman keruntuhan kegemilangan Melayu.

 Sekarang, Melayu itu cuma wujud hanya pada kad pengenalan yang berwarna biru iaitu pada status bangsa. secara sedar atau tidak Melayu itu semakin pudar dan layu. ibarat sakit yang tidak dirawat dan hanya menunggu waktu mati. ya hanya menunggu waktu mati.

1. Melayu pada nama.

 Cuba lihat nama anak-anak Melayu sekarang. unsur kemelayuan pada nama bagaikan sudah tidak wujud. nama generasi sekarang lebih kompleks dan menjerumus ke arah kebaratan. mungkin kerana nama-nama yang bersifat kemelayuan agak tidak releven digunapakai pada zaman sekarang. secara majoritinya nama-nama Melayu di Malaysia lebih terarah kepada nama-nama arab. kita sedia maklum kedatangan para pedagang dan para pendakwah membawa sinar lembaran Islam yang mahsyur di Malaysia. Alhamdulillah. sebagai contoh nama Muhamad Firdaus. Muhamad sendiri mewakili nama Rasulullah s.a.w yang membawa maksud terpuji dan Firdaus itu adalah nama syurga. ini adalah nama-nama majoriti di negara kita, maksud saya nama-nama yang mempunyai unsur arab. cuba kita lihat pada nama generasi Melayu sekarang sebagai contoh Anyssa Alyssa Eryana. cuba bagi tahu saya tang mana melayunya? ada satu iaitu Anyssa itu pun sudah dibaratkan daripada Anisa yang membawa maksud wanita kepada Anyssa. dan Anisa itu merupakan nama yang diambil dari bahasa arab. jadi apa ada Melayu pada nama? nama-nama seperti Cendana, Kiambang, Kemboja dan Melor itu hanya ibarat mitos. Melayu dan nama-nama bunga sukar untuk kita pisahkan. kenapa ya? hmm.

Kemboja

Melati

Melur


2. Melayu pada penampilan diri.

 Daripada nama kita menyelusuri kepada penampilan orang Melayu pada zaman sekarang.

 Rambut,ada apa pada rambut? ramai generasi muda sibuk mewarnakan rambut daripada hitam manis ke merah,biru,hijau,perang dan macam-macam lagi. nak jadi mat saleh katanya. kalau nak jadi Mat Saleh pahlawan Melayu tak apa juga ini 'mat saleh' berketurunan Conquistador.jadi mat saleh celup pun tak apa asalkan hado. mungkin tujuan mereka lebih kearah imej. mana taknya blonde tu kan cantik tapi mereka lupa yang wanita berambut blonde itu bodoh secara genetiknya (betulkan saya kalau saya salah). jadi bila rambut dah perang pudar lah satu lagi identiti Melayu.

 Bertindik,berantai bagi lelaki, mungkin golongan bertindik ini tidaklah seramai mana. tapi itu adalah realitinya orang Melayu sekarang berani menindik di hidung,pusat dan lidah.lelaki Melayu sekarang pun dah pandai pakai rantai tak ubah macam orang cina. motif? haih dah la kemelayuannya hilang pada nama, rambut pula diwarnakan perang sekarang bertindik pula. ciri-ciri Melayu semakin terhakis di sini.

rambut perang lagi bertindik.


[bersambung. . .]