Saturday 10 September 2011

Balai polis Bukit Kepong bukan sekadar balai.

Assalamualaikum,

Pertama sekali entri ini ditulis atas permintaan sahabat blogger saya, Kunci Locker.

 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. saya rasa itu adalah perumpaan yang tepat mengenai kenyataan kontroversi Mat Sabu iaitu seorang ahli politik tempatan (saya tidak mahu menyentuh isu politik di sini). kenyataan yang membawa kemarahan banyak pihak apabila beliau menyokong perjuangan  Mat Indera iaitu salah seorang pemimpin dari Parti Komunis Malaya (PKM) ataupun Bintang Tiga dalam menggepalai pengganas komunis daripada kompeni bebas ke-4 dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong.

 Serangan yang dianggotai oleh 200 orang keparat komunis ini telah meragut seramai 17 orang mangsa yang bukan sahaja terdiri daripada anggota polis terbabit malahan ISTERI dan ANAK mereka. wajarkah Mat Indera dan pemimpin komunis yang lain seperti Rashid Maidin dan Ching Peng dijulang?

 Bagi pendapat saya mereka punya alasan tersendiri untuk berjuang dan bagi saya perjuangan mereka lebih terarah kepada menubuhkan negara komunis dan juga menetang ideologi yang dibawa oleh pihak British. Mat Sabu menyanggah perjuangan anggota polis yang terlibat kerana mereka adalah tali barut British. tapi dengan menyokong perjuangan komunis adakah tidak sama seperti menjadi tali barut kepada pihak komunis itu sendiri? kalau benarlah Mat Indera itu seorang pejuang bangsa yang mahu membebaskan tanah melayu pada masa itu dari menjadi negara naungan British kenapa harus menggunakan pendekatan komunis?

Karl Marx

''Relegion is the opium of the people/ Agama adalah candu kepada masyarakat'' Karl Marx. itu adalah ungkapan seorang atheist yang juga pengasas kepada ideologi komunisma ini. jelas sekali ini bercanggah dengan kita sebagai yang beragama islam. komunis tidak percaya pada agama dan British juga tidak percaya kepada tuhan ini tapi adalah tidak patut untuk beliau (Mat Sabu) melontarkan kenyataan yang mengguris hati pelbagai pihak. apa beliau tidak baca novel sastera Bukit Kepong ataupun filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin? memang benar kita tidak boleh tahu kisah sebenar tragedi yang berlaku kepada mereka dengan sekadar membaca novel dan menonton filem tersebut sambil mengkudap biskut raya. tapi itu adalah situasi yang kita boleh gambarkan melalui pembacaan dan pemerhatian kita.

 Fakta yang kita kena tahu balai polis Bukit Kepong bukan sekadar balai tapi ia adalah RUMAH bagi pegawai polis dan keluarga mereka!  dan perjuangan mereka (anggota polis yang terlibat) adalah untuk menyelamatkan rumah mereka (balai polis Bukit Kepong) daripada dicerobohi oleh keparat komunis. dari segi analoginya adakah wajar untuk kita membiarkan orang sesuka hati melakukan apa saja pada tempat tinggal dan anggota keluarga kita tanpa melawan? kenapa perlu serang balai polis tersebut? adakah mereka berjaya memerintah dan membangunkan negara komunis dengan hanya menawan balai polis? bodoh!

 Lebih menyayat hati apabila ada diantara isteri-isteri anggota polis yang telah terkorban turut bergadai nyawa untuk menuntut bela kematian suami mereka dan menyelamatkan nyawa anak-anak kecil yang tidak berdosa. Allahuakhbar. apa salah mereka mempertahankan tempat tinggal mereka? dalam komunis mereka menghalalkan apa jua darah sekalipun. tetapi adakah membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa halal dalam islam? tidak!

 Jangan sesekali menganggap Parti Komunis Malaya adalah berlainan dengan Parti Komunis Indonesia dan juga di Russia. mereka dalah entiti yang sama dan perjuangan mereka dalah sama iaitu menubuhkan negara komunis dan menolak sebarang jenis agama. nak jadi manusia apa yang tak ada pegangan hidup? Karl Marx yang dah nak mati semasa hayat hidupnya berkali-kali menyebut nama tuhan supaya tidak dicabutkan nyawa (berdasarkan apa yang saya tahu, kalau salah harap diperbetulkan).

 Apa yang akan terjadi kalau negara kita dikuasai oleh komunis? itulah gunanya sejarah dan pentingnya sejarah bagi kita. cuba lihat kesan ideologi komunis di eropah timur seperti Russia. semua agama diharamkan dan anda dilarang untuk menjalankan sebarang kegiatan agama. di mana letaknya hak seseorang mengenai kebebasan beragama di sini? adalah salah bagi kita untuk menafikan hak orang lain. dan kalau Malaysia adalah sebuah negara komunis apakah yang akan terjadi kepada tiga agama utama di negara kita iaitu Islam (agama rasmi negara) , Hindu dan Buddha? dan apakah yang akan terjadi kepada kepelbagaian budaya yang menjadikan Malaysia itu istimewa pada hari ini?


'''Bacalah sejarah negara-negara asia tengah ketika di bawah USSR. sampai satu tahap generasi muda tak tahu nak solat, puasa dan sebagainya. mereka hanya tahu ucap kalimah syahadah sebab nenek moyang mereka  selalu mengucapkannya'' -Srikandi


 Ini adalah pandangan seorang generasi baru yang berusia 21 tahun yang tak gemar nak melayan politik yang hari-hari disumbat oleh media-media tempatan. sebab bagi saya politik itu adalah kuasa. oleh kerana hendakkan kuasa habis bangsa berpecah-belah ikut haluan dan ideologi masing-masing. banyak perkara yang tak sehaluan daripada sehaluan. parti ni nak memperjuangkan bangsa lagi satu parti nak memperjuangkan agama. tapi adakah mereka sedar majoriti penduduk di Malaysia adalah MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM. mana mungkin perjuangan yang berbeza kalau dua-duanya saling berkait rapat?

 Orang yang boleh berfikir dengan waras yang boleh terima apa yang saya rasa. tapi tak mungkin bagi mereka yang dahagakan kuasa dan menjaga kepentingan masing-masing. kalau orang semuda saya yang dianggap mentah boleh berfikir kenapa tidak mereka yang berumur yang perasaan tahu semua benda ambil masa untuk berfikir?

''tegakkan ISLAM dalam diri kamu nescaya tertegaklah ISLAM itu dengan sendirinya di negara anda'' imam   syahid Hassan al-Banna.

al-Fatihah untuk mereka yang bermandi darah demi menyelamatkan isteri dan anak-anak yang dicintai.


p/s: Kerana Mulut. . . .

Tuesday 6 September 2011

Cinta atau tanggungjawab yang datang dulu?

Assalamualaikum.

 Pernah bercinta? ataupun sedang bercinta? setulus manakah cinta anda? seikhlas manakah cinta si dia? adakah cinta anda jenis cinta monyet? cinta muka buku? cintailah sungai kita? deng! *apahal dengan aku ni? hah!

 Aku cuma tanya je tak ada kaitan dengan apa yang aku nak sampaikan ni. bajet macam Dr. Leb (Love) pulak. waklu Dr. Leb! kahkahkah.

 Entah-entah Dr. Leb tu pun tengah terkial-kial mencari-cari jugak dia punya pasangan. who knows right? dia punya cerita pasal cinta macam expert je. sembang kencang, cang!cang! cang! haha.

 Dekat sini aku bukan nak cerita pasal manusia bergelar Dr. Leb hatta celah mana dia dapat phd cinta tu pun aku tak nak amik peduli. lantak pi kat dia. hehe. pernah bandingkan perkahwinan orang dulu-dulu dengan orang sekarang? maksud aku orang dulu-dulu tu macam atuk dan nenek kita (sebagai contoh). hairankan kebahagian diorang kekal hingga akhir hayat. bila dilihat pada trend masyarakat sekarang kahwin tak sampai setahun dua terus bercerai (segelintir).

 Aku ni tak ada lah pulak nak cakap aku hebat bercerita pasal kahwin. haha. cuma aku terfikir. dan segala apa yang ada di dalam minda aku cuba terjemahkan dalam blog tak ada lah melilau hilang. berbalik kepada apa yang cuba aku sampaikan yang mana menjadi keutamaan dulu cinta? ataupun tanggungjawab?


''kau ni pun satu mestilah cinta datang dulu, kalau tak macam mana diorang nak kahwin'' -mak cik Toekk.

 Yup. memang betul apa-apa pun cinta kena datang dulu. macam sesetengah orang yang bercinta. atas nama cinta lahir anak yang tak ada nasab keturunan (gejala sosial). si bapak yang keparat tak tahu nak bertanggungjawab hilang entah kemana. si ibu buntu memikirkan jalan penyelesaian. akhirnya dibuang saja anak yang tak berdosa di depan surau dengan harapan ada insan yang sudi untuk menjaga anak itu.

 Kalau dia buat macam tu? kalau si ibu main campak dalam tong sampah? macam mana? dah lah berzina, lahir anak luar nikah dan mungkin jadi pembunuh!

 Tapi betul ke cinta mesti datang dulu? setidaknya pun cinta seharusnya digandingkan dengan tanggungjawab. barulah betul kalau setakat perhubungan itu bersandarkan cinta aku rasa tak kemana pun.

Cinta urusan hati, hati urusan Allah.

 Kalau ikut cerita orang tua-tua. pasangan diorang dijodohkan oleh ibu bapa masing-masing. masa tu istilah cinta muka buku pun memang tak ada. kan? adakah mereka saling mengenali pada waktu tu? henpon pun tak ada jauh sekali nak twit twit bagai. tapi boleh je kekal sampai ke hari ini? itulah namanya tanggungjawab! maknanya si atuk dan si nenek tadi dah tahu apa yang harus mereka lakukan. ketepikan soal cinta dan jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.


''takkan terus nak ketepikan soal cinta?'' - pak cik Ngui.

 Cinta itu datang sendiri dan buktinya orang dulu-dulu anak sampai dua belas! hah! tapi tu dulu sekarang dah lain. jarang aku dengar orang zaman sekarang jodoh ditentukan oleh keluarga mereka. tapi aku tak bermaksud untuk menyangkal. ada je pasangan yang ditentukan jodohnya oleh ibu bapa mereka. tapi sangat jarang untuk kita dengar.

 Orang zaman sekarang lebih mengutamakan cinta daripada tanggungjawab. apa yang dimaksudkan dengan aku tanggungjawab tu? macam contoh yang aku bagi pada permulaan entri aku ni. kalau betul si lelaki cinta terhadap si perempuan tu aku rasa dia akan cuba menjadi lelaki bertanggungjawab untuk tidak merosakkan perempuan yang belum dinikahinya tu.

 Kalau betulah si perempuan tadi cinta dekat si lelaki tu dia pun ada tanggungjawab untuk mengatakan tidak kepada perbuatan terkutuk macam tu. tanggungjawab apa? tanggungjawab seorang muslim.

 Bercinta tapi tak ada sifat tanggungjawab. sangat parah.

 Kawan aku pernah cakap, kalau rasa diri belum bercinta baik jangan cuba tunggu je jodoh datang sebab jodoh ni tak tahu macam mana dia bakal berlaku dekat kita. entah-entah anak jiran depan rumah kita yang tak pernah bertegur sapa tu yang bakal kita kahwin. memang seronok kalau bercinta itulah orang yang kita sayang kalau bandingkan Aaron Aziz dengan pakwe sendiri. pakwe sendiri lagi encem! haha. once, bila kau dah putus macam-macam kena ungkit dia punya rasa bila putus tu macam tak boleh terima. time tu mulalah mencari-cari sejadah, baca al-Quran buat solat sunat taubat. dulu masa bercinta lalai nak ingat DIA.

 Apa yang aku mengarut ni? deng! teringat pulak kisah membe aku dekat matrik dulu. haha. tak baik cerita keaiban orang. ingat tau blog blog jugak tapi jangan sampai jadikan blog tempat untuk membuka keaiban orang. tak nak! tak nak! tak nak! :)

Monday 5 September 2011

Cerita dia (History)


Assalamualaikum.

 Dah hujung-hujung cuti semester ni dah jarang aku update blog *ada ke orang nak baca masalahnya? hah! mungkin faktor kebuntuan idea menjadi punca, tak tahu nak tulis apa. aku ni bukanlah jenis blogger yang suka update kisah percintaan diri mahupun mencanang apa yang aku buat semasa cuti semester.

 Lately aku banyak habiskan masa menjadi silent reader daripada menjadi blogger. blog yang aku baca pulak bukanlah blog top blogger ataupun blog para retis blogger yang mengklaimkan dirinya sebegitu rupa.

 Aku baca blog sejarah. sejarah? mungkin ada sesetengah orang cakap ''bapak bosan baca sejarah tak ada life!'' kan? tak pun mesti ada yang cakap macam ni ''sejarah? subjek paling aku tak suka masa sekolah menengah dulu!''. alahai sedihnya.

 Sejarah yang aku baca pulak bukan calang-calang sejarah. bukan sejarah mengenai bagaimana Francis Light membuka negeri Pulau Pinang jauh sekali pasal pembunuhan J.w.w Birch oleh Dato' Maharajalela di Pasir Salak. tapi sejarah yang menjadi bahan bacaan aku sejak kebelakangan ni adalah sejarah bangsa Melayu.

 Kenapa dan mengapa? tak ada paksaan dan tak ada siapa yang suruh. semua ni atas inisiatif sendiri untuk mendalami sejarah silam dan kehebatan bangsa aku sendiri. apa yang hebatnya bangsa melayu ni? kaji lah dan aku yakin anda semua akan kagum. bukan tujuan untuk berbangga diri atas semua ini tapi menjadikan iktibar untuk kita sebagai generasi pada masa kini. 

 Aku memohon maaf andai apa yang aku tulis ini berkisarkan kekaguman aku pada bangsa aku sendiri (kepada mereka yang bukan berbangsa melayu). 

 ''Anda kenal pada bangsa anda sendiri?'' -cuba diajukan soalan ini pada seratus orang pemuda dan pemudi melayu pada generasi kini. kenalkah kita? (aku termasuk golongan yang jahil tentang sejarah bangsa sendiri). apa jawapannya?

 Siapa sangka Jose Rizal, pejuang Filipina itu adalah seorang melayu! dan nama kota Manila itu berasal daripada perkataan Amanillah yang membawa maksud dibawah keamanan Allah.

Jose Rizal

                                                               * * * * * * * * * * 

 Aku lihat pola masyarakat kita lebih mempercayai sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengkaji dahulu kesahihan apa jua sumber yang kita baca, dengar dan lihat kemudian terus membuat spekulasi yang bukan-bukan. mungkin ini yang telah diamalkan oleh kita sejak dibangku sekolah kita terus terima apa yang telah ditulis didalam buku teks. 

 Subjek sejarah yang diajarkan pada zaman sekarang hanyalah sekadar melengkapkan gred untuk melayakkan diri ke pusat pendidikan seterusnya. tak ada penghayatan langsung alahai sedihnya.

 Tapi sebagai bangsa melayu pernahkah kita terfikir akan asal usul nenek moyang kita? aku rasa perbalahan antara Indonesia dan Malaysia mengenai penculikan budaya tak akan berlaku kalau kita kaji sejarah secara mendalam. aku akui fakta dan sumber mengenai ilmu sejarah aku sangat cetek dan hanya belajar sejarah semasa disekolah menengah. 

Enrique of Malacca/Hitam
 Anda tahu siapa beliau? beliau adalah pembantu kepada peneroka lautan berbangsa Portugis iaitu Ferdinand Magellan. kenapa aku tak menyatakan beliau adalah hamba/slave? kerana beliau mahir akan selok belok lautan yang menjadi kepakaran orang melayu pada masa itu :)

 Kenapa aku cakap macam tu? sebelum penjajahan Belanda ke atas Indonesia (Indonesia adalah nama  yang telah diberikan oleh penjajah Belanda ke atas wilayah nusantara seberang tanah melayu) dan sebelum penjajahan Inggeris ke atas tanah melayu dan sebelum bermulanya zaman kesultanan melayu Melaka oleh Parameswara tamadun melayu sudah lama bermula. jadi tak timbul isu pengklaiman budaya lainlah kalau kebanyakkan rakyat Malaysia orang putih memang boleh didakwa mencuri kebudayaan Indonesia. kan? bahkan Angkor Wat dan sebahagian khazanah yang ada di sekitar Kemboja dan Thailand ada perkaitan dengan ketamadunan melayu!

 Betapa pentingnya sejarah! dulu tak salah aku pernah timbul isu untuk memansuhkan subjek sejarah daripada dimasukkan kedalam subjek yang patut diambil untuk SPM. bagi aku ini kerja gila (sangat serius) alahai dah la malas nak belajar sejarah takkan terus nak lenyapkan subjek sejarah yang sangat menarik untuk diceritakan kepada anak cucu dimasa hadapan.

 George Santayana pernah menyebut siapa yang melupakan sejarah PASTI akan mengulanginya. dan ianya benar! tujuan utama kita belajar sejarah adalah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran supaya kita tidak mengulangi perbuatan yang serupa. Allah juga menyuruh kita mengambil iktibar akan umat-umat terdahulu sebagaimana kaum Lut dan Thamud yang dilenyapkan kerana kekufuran dan keingkaran mereka kepada utusan Allah.

 Apa yang menghairankan aku bangsa kita (segelintir) berusaha membaratkan diri mereka melaui gaya hidup, pemakanan mahupun pakaian sedangkan orang di eropah seperti Russia (hanya meletakkan satu contoh) berusaha untuk belajar bahasa dan budaya melayu! fikir fikirkan. hebat sangatkah bahasa dan budaya melayu sehingga orang eropah berlumba-lumba untuk belajar anugerah Allah yang hebat ini? kenapa tidak mereka belajar cara hidup dan budaya orang Amerika mahupun Jerman yang jauh lebih maju (negara kelas pertama) sedangkan kita masih terkapai-kapai dan bahkan hampir sifar untuk menceritakan kepada bangsa lain mengenai sejarah kita yang bagi aku tersangatlah hebat!

Pahlawan melayu yang segak dengan Istinggar.

 Tahun 2011 genaplah 500 runtuhnya zaman kesultanan melayu Melaka. nak tahu satu fakta? bangsa yang boleh menjatuhkan bangsa melayu ini sebenarnya bukanlah berbangsa Sepanyol, Portugis mahupun Inggeris. cuba kaji sejarah berapa kali serangan Portugis berjaya dipatahkan oleh kerajaan Melaka ketika itu? sebenarnya yang bisa dan ampuh menjatuhkan bangsa melayu itu adalah bangsanya sendiri! tak percaya? kajilah sejarah. tapi malangnya pengajaran macam ni tak pernah dijadikan iktibar oleh generasi masa kini. sebab tu aku sikit pun tak hairan bila ada orang kita kondem sesama kita. ;)

Istinggar atau dalam bahasa Inggerisnya Musket.
 Kita dimomokkan bahawan senjata orang melayu zaman dahulu hanyalah keris dan lembing. cuba fikir sejenak kalau benarlah keris dan lembing menjadi senjata utama ditambah dengan hikayat Amir Hamzah yang dijadikan pencetus semangat kekuatan untuk menentang penjajah keparat seperti Portugis yang rata-ratanya mempunyai senjata yang canggih tapi kenapa pada percubaan pertama mereka untuk menjajah Melaka gagal? sebab itulah kita kena kaji jangan terus telan apa yang diberi didepan mata. Istinggar, Lela Rentaka adalah contoh senjata orang melayu pada ketika itu. dan senapang yang digunakan oleh kapten Jack Sparrow adalah iras-iras kepada senjata orang melayu. ada lagi kapal Mendam Berahi dizaman kesultanan melayu Melaka (betulkan kalau aku silap) adalah lagi besar daripada kapal the Black Pearl yang sebenarnya bukanlah kapal jenis battleship seperti the Flying Dutchman tu. nampak macam mengarut tapi itulah fakta yang tak pernah nak dikorek dan dikaji! dan apa yang hebatnya tentang kapal orang melayu pada ketika itu adalah sistem pembuatannya sikit pun tak guna paku seperti apa yang kita boleh lihat pada istana Seri Menanti. 
ini adalah pistol Jack Sparrow


ini adalah Pemuras senjata orang melayu!



 Banyak sebenarnya yang kita akan peroleh jika kita mengkaji sejarah tentan bangsa kita tak rugi pun. jangan kita jadi macam bangsa Filipina yang masih kecelaruan identiti. lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Sepanyol kepada mereka. habis semua mubaligh kristian Sepanyol mengkristiankan penduduk di sana. dan nama Filipina itu sendiri sebenarnya adalah nama Raja Sepanyol iaitu Raja Philip! kini hanya kepulauan Sulu yang masih kuat akan kemelayuannya. cuba tengok melayu di Singapura yang kini menjadi bangsa minoriti. padahal kita sedia maklum Indonesia-Malaysia-Selatan Thailand-Brunei-Temasik adalah dibawah satu kuasa nusantara yang hebat. tapi kini hanya tinggal sejarah dan sejarah itu makin dilupakan.

 Akhirul kalam, kalau bangsa-bangsa lain berusaha belajar mengenai bangsa yang misteri ini kenapa tidak kita sebagai bangsanya?

Friday 2 September 2011

Duit raya bukan ukuran.

Assalamualaikum.

 Macam mana dengan raya? berapa kepuk dapat duit raya? mesti berkepuk-kepuk! tak puas hati!. untunglah ada orang sudi nak hulur sampul yang berisi duit kan?

 Kalau dulu aku beraya dengan bersusah payah semata-mata nak kumpul duit raya yang tak berapa nak ada tu. segala jenis biskut dalam balang tu aku makan nak jaga hati tuan rumah punya pasal. nanti apa pulak diorang cakap datang beraya sebab nak duit raya. itulah tujuan sebenar kami mak cik pun. hah!  tapi sekarang, duit raya yang cari aku. nampak sangat aku bukan mata duitan. kan?

Dah orang kasi takkan aku nak tolak. jangan lah nak berdalih buat alasan macam ni.

''eh takpe lah mak Long/mak Ngah/mak Lang etc. orang dah besar lah buat apa nak kasi duit raya''

 Alasan yang sangat cliche. lepas tu dengan muka yang tersipu-sipu malu duit raya yang dihulur tadi di ambil dengan sopan seraya berkata ''selamat hari raya mak Long/mak Ngah/mak Lang etc.'' ingat aku tak tahu? sila ambil serkup kepala sekarang kita serkup muka ramai-ramai. aku pun sama sebenarnya. kahkahkah.

 Keluarga belah incik abah aku ada dalam 12 orang adik beradik. cuba bayangkan kalau tiap seorang bagi aku RM100. tambah duit sikit boleh angkat iPad. pandai jugak aku berkalkulus ni. tapi aku kena terima hakikat duit raya aku tahun ni cuma RM17 sila jangan gelak. tak boleh angkat iPad janji boleh angkat GCB apa?

 Dulu aku kira duit siap meniarap atas lantai lagi. asingkan duit ikut warna  kalau boleh biar se'pattern' baru nampak kacak duit tu. maksud aku kalau susun duit tu biar satu side semua gambar incik sultan yang segak bertengkolok. hah!

 Kalau orang dah kasi duit raya terima ajelah. jangan nak buat muka suci sangat. orang kasi sebab dia hargai kita. kalau taknak boleh bank-in dekat aku. tahulah aku nak membelanjakannya. haha!

kredit: Gugel

 A few days ago. tak salah aku hari raya yang ke-2. tengah aku cakap dengan sepupu. tiba-tiba anak buah mencelah.

''duit raya ni Aiman nak beli kereta dengan al-Quran''

 Suasana menjadi sepi kami berdua saling berpandangan. deng! makan dalam siot!. 

 Kalau aku tengah kunyah biskut raya time tu mau tersedak. you guys (lelaki) aku nak tanya apa korang buat dengan duit raya tu? I mean when you guys kecik-kecik dulu?. kalau perempuan tu boleh consider lah lagi. benda pertama dalam kepala otak  mesti nak angkat segala jenis permainan. paling top kereta kontrol. nampak tak pemikiran seorang lelaki? sekali lagi deng! haha.

 Bila dah besar macam ni tak terdetik pun aku nak fikir pasal duit raya. kalau ada aku ambil sambil melemparkan senyuman macam ni :)

 Hari raya yang bermakna bagi aku bukan terletak berapa jumlah wang yang ada dekat dalam sampul raya. tapi waktu macam ni lah kau nak kenal rapat saudara-mara kau baik belah abah ataupun belah mak. cuba tanya budak-budak zaman sekarang kenal tak diorang dengan saudara-mara diorang sendiri? aku tinggalkan persoalan dekat situ.

p/s: aku mixed rupanya. separuh jawa dan separuh melayu. moyang belah incik abah asal dari Jogjakarta. tapi haram sepatah jawa aku nak faham.oh ada satu, kabare? 

patutlah ada iras-iras Afghan. sigh.