Friday 14 October 2011

Kerana aku seorang Melayu: Sifat kemelayuan yang kian layu.


 Assalamualaikum,



''Takkan Melayu hilang di dunia.'' - Laksamana Hang Tuah. 

 Bait kata yang sangat mahsyur dalam dunia melayu. ya memang benar bangsa Melayu itu tidak hilang. carilah di timur dan di barat dunia, bangsa Melayu itu sememangnya ada samada menjadi perantau mahupun menetap di tempat orang. tak macam bangsa-bangsa seperti Red Indian ataupun Maya, bangsanya habis binasa angkara conquistador (penjajah) keparat yang sentiasa menjadi golongan opportunist yang menggila mengaut serta memonopoli segala hasil bumi yang ada sekaligus melenyapkan ketamadunan bangsa-bangsa tersebut dan akhirnya mengklaimkan diri mereka sebagai bangsa yang hebat lagi gagah. hebatkah para conquistador ini? layakkah mereka mengklaim diri mereka sebagai bangsa yang kuat dengan menafikan hak sesuatu bangsa yang lain? kuatkan mereka apabila berjaya menjajah bangsa yang lemah? gagahkah mereka apabila berjaya mengaut hasil bumi orang lain? tidak! mereka bukanlah kuat mahupun gagah seperti yang kita sangkakan. kerana sikap mereka ini tak ubah seperti seorang perompak dan juga seperti seorang pembuli. mereka adalah penzalim yang tidak layak diberi penghormatan langsung bahkan mereka adalah bangsa yang paling keji selepas bangsa-bangsa yang telah dilenyapkan oleh Allah s.w.t seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.

 Melayu abad ke-21 memang jauh bezanya jika dibandingkan dengan Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal oleh kita. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu masyarakat Melayu umpama sebuah konkrit yang sukar untuk ditembusi mahupun diruntuhkan. mereka berganding bahu dan sanggup bermandi darah dalam perjuangan menentang segala macam bentuk penentangan terhadap mereka kerana tidak rela tanah Melaka jatuh ke tangan orang lain. sebagai contoh penduduk Melaka bersama-sama para pemimpin serta sultan Melaka sendiri pada masa itu sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir untuk menyekat kemaraan para conquistador yang datang bermula daripada serangan Portugis pada tahun 1511 kemudian beralih kepada Sepanyol, Belanda sehinggalah kedatangan raja kepada segala conquistador iaitu Inggeris. kalau diikutkan dari segi logik akalnya bangsa Melayu sudah habis lenyap diatas muka bumi ini sama seperti bangsa Red Indian dan Maya sepeti saya sebutkan diawal penulisan saya kerana dek serangan bertali arus oleh para kafir laknatullah ini.

 Bangsa Filipina kehilangan identiti mereka sendiri angkara Sepanyol. sahabat serumpun kita di Indonesia merana kerana Belanda. Temasik hilang kemelayuannya angkara imigran dari tanah besar China akibat agenda Inggeris. sedangkan pada waktu dan ketika itu Melaka diancam oleh empat buah kuasa besar dari eropah. fakta yang kita harus maklum pada waktu itu kuasa utama di eropah adalah Inggeris dan pada abad ini kuasa utama dunia adalah Amerika Syarikat. sedangkan kota Jerusalem di Palestin boleh dirampas kembali daripada tangan Solehuddin al-Ayubi. siapa tidak kenal dengan Solehuddin al-Ayubi panglima Islam yang terunggul sama seperti Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menawan kota Konstantinople pada usia yang sangat muda (lingkungan 20-an) ini kan pula sebuah negara Melayu yang kecil yang tidak punya panglima Islam yang berani lagi gagah pada masa itu. siapalah Hang Tuah kalau nak dibandingkan dengan Sultan Solehuddin al-Ayubi ataupun sultan Muhammad al-Fatih?

 Tetapi untuk melenyapkan bangsa Melayu bukanlah tugas mudah bagi keparat-keparat penjajah ini. mereka berkeras dengan kita. kita akan berkeras berkali ganda daripada mereka kerana Melayu pantang dicabar! itu adalah hakikatnya Melayu pantang dicabar! Melayu itu penuh dengan kelembutan tapi dalam kelembutan itu tersimpan keterbatasan. jika keterbatasan cuba diduga bahana yang menanti. akhirnya kita ditawan oleh Inggeris bukan daripada peperangan. kita ditawan kerana sikap kita sendiri. sikap ini memang sebati dengan seluruh bangsa Melayu iaitu sifat lemah lembut. sifat inilah yang dieksplotasi oleh penjajah. mereka tahu mereka tidak boleh menundukkan orang Melayu dengan kekerasan. sebagai alternatif untuk memonopoli hasil bumi di Tanah Melayu pada ketika itu mahu atau tidak mereka gunakan pendekatan yang lebih 'mesra'. dan akhirnya satu per satu negeri di Tanah Melayu menerima residen dan negeri terakhir sekali adalah negeri Johor Darul Ta'zim.

 Itu cerita dahulu bagaimana kuatnya kemelayuan dalam diri orang terdahulu dalam menentang penjajah. ikatan persaudaraan atas nama Melayu itu tidak boleh disanggah. mereka kuat pada agama mereka setia pada bangsa. mereka adalah teladan yang harus dicontohi oleh bangsa Melayu generasi kini. kesepaduan dan kesatuan dalam Melayu-Islam. agama dijaga bangsa dijaga. kekuatan Melayu itu musnah kerana Melayu itu sendiri. sikap dengki dalam diri punca utama mengapa kekuatan yang pernah dicipta oleh nenek moyang kita lenyap begitu sahaja. bila berlaku pertikaian dalaman mulalah mencari orang ketiga untuk menyelesaikan konflik persaudaraan Melayu yang berlaku. dan kebanyakkan pihak ketiga ini merupakan golongan opportunist yang sentiasa memanipulasikan keadaan agar mereka beroleh keuntungan. konflik seumpama ini boleh dijelaskan atau difahami jika kita membaca buku teks sejarah tingkatan  4 atau 5 lebih spesifik lagi pada waktu pemerintahan British di tanah Melayu atau bagi saya lebh terarah pada zaman keruntuhan kegemilangan Melayu.

 Sekarang, Melayu itu cuma wujud hanya pada kad pengenalan yang berwarna biru iaitu pada status bangsa. secara sedar atau tidak Melayu itu semakin pudar dan layu. ibarat sakit yang tidak dirawat dan hanya menunggu waktu mati. ya hanya menunggu waktu mati.

1. Melayu pada nama.

 Cuba lihat nama anak-anak Melayu sekarang. unsur kemelayuan pada nama bagaikan sudah tidak wujud. nama generasi sekarang lebih kompleks dan menjerumus ke arah kebaratan. mungkin kerana nama-nama yang bersifat kemelayuan agak tidak releven digunapakai pada zaman sekarang. secara majoritinya nama-nama Melayu di Malaysia lebih terarah kepada nama-nama arab. kita sedia maklum kedatangan para pedagang dan para pendakwah membawa sinar lembaran Islam yang mahsyur di Malaysia. Alhamdulillah. sebagai contoh nama Muhamad Firdaus. Muhamad sendiri mewakili nama Rasulullah s.a.w yang membawa maksud terpuji dan Firdaus itu adalah nama syurga. ini adalah nama-nama majoriti di negara kita, maksud saya nama-nama yang mempunyai unsur arab. cuba kita lihat pada nama generasi Melayu sekarang sebagai contoh Anyssa Alyssa Eryana. cuba bagi tahu saya tang mana melayunya? ada satu iaitu Anyssa itu pun sudah dibaratkan daripada Anisa yang membawa maksud wanita kepada Anyssa. dan Anisa itu merupakan nama yang diambil dari bahasa arab. jadi apa ada Melayu pada nama? nama-nama seperti Cendana, Kiambang, Kemboja dan Melor itu hanya ibarat mitos. Melayu dan nama-nama bunga sukar untuk kita pisahkan. kenapa ya? hmm.

Kemboja

Melati

Melur


2. Melayu pada penampilan diri.

 Daripada nama kita menyelusuri kepada penampilan orang Melayu pada zaman sekarang.

 Rambut,ada apa pada rambut? ramai generasi muda sibuk mewarnakan rambut daripada hitam manis ke merah,biru,hijau,perang dan macam-macam lagi. nak jadi mat saleh katanya. kalau nak jadi Mat Saleh pahlawan Melayu tak apa juga ini 'mat saleh' berketurunan Conquistador.jadi mat saleh celup pun tak apa asalkan hado. mungkin tujuan mereka lebih kearah imej. mana taknya blonde tu kan cantik tapi mereka lupa yang wanita berambut blonde itu bodoh secara genetiknya (betulkan saya kalau saya salah). jadi bila rambut dah perang pudar lah satu lagi identiti Melayu.

 Bertindik,berantai bagi lelaki, mungkin golongan bertindik ini tidaklah seramai mana. tapi itu adalah realitinya orang Melayu sekarang berani menindik di hidung,pusat dan lidah.lelaki Melayu sekarang pun dah pandai pakai rantai tak ubah macam orang cina. motif? haih dah la kemelayuannya hilang pada nama, rambut pula diwarnakan perang sekarang bertindik pula. ciri-ciri Melayu semakin terhakis di sini.

rambut perang lagi bertindik.


[bersambung. . .]

Saturday 10 September 2011

Balai polis Bukit Kepong bukan sekadar balai.

Assalamualaikum,

Pertama sekali entri ini ditulis atas permintaan sahabat blogger saya, Kunci Locker.

 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. saya rasa itu adalah perumpaan yang tepat mengenai kenyataan kontroversi Mat Sabu iaitu seorang ahli politik tempatan (saya tidak mahu menyentuh isu politik di sini). kenyataan yang membawa kemarahan banyak pihak apabila beliau menyokong perjuangan  Mat Indera iaitu salah seorang pemimpin dari Parti Komunis Malaya (PKM) ataupun Bintang Tiga dalam menggepalai pengganas komunis daripada kompeni bebas ke-4 dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong.

 Serangan yang dianggotai oleh 200 orang keparat komunis ini telah meragut seramai 17 orang mangsa yang bukan sahaja terdiri daripada anggota polis terbabit malahan ISTERI dan ANAK mereka. wajarkah Mat Indera dan pemimpin komunis yang lain seperti Rashid Maidin dan Ching Peng dijulang?

 Bagi pendapat saya mereka punya alasan tersendiri untuk berjuang dan bagi saya perjuangan mereka lebih terarah kepada menubuhkan negara komunis dan juga menetang ideologi yang dibawa oleh pihak British. Mat Sabu menyanggah perjuangan anggota polis yang terlibat kerana mereka adalah tali barut British. tapi dengan menyokong perjuangan komunis adakah tidak sama seperti menjadi tali barut kepada pihak komunis itu sendiri? kalau benarlah Mat Indera itu seorang pejuang bangsa yang mahu membebaskan tanah melayu pada masa itu dari menjadi negara naungan British kenapa harus menggunakan pendekatan komunis?

Karl Marx

''Relegion is the opium of the people/ Agama adalah candu kepada masyarakat'' Karl Marx. itu adalah ungkapan seorang atheist yang juga pengasas kepada ideologi komunisma ini. jelas sekali ini bercanggah dengan kita sebagai yang beragama islam. komunis tidak percaya pada agama dan British juga tidak percaya kepada tuhan ini tapi adalah tidak patut untuk beliau (Mat Sabu) melontarkan kenyataan yang mengguris hati pelbagai pihak. apa beliau tidak baca novel sastera Bukit Kepong ataupun filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin? memang benar kita tidak boleh tahu kisah sebenar tragedi yang berlaku kepada mereka dengan sekadar membaca novel dan menonton filem tersebut sambil mengkudap biskut raya. tapi itu adalah situasi yang kita boleh gambarkan melalui pembacaan dan pemerhatian kita.

 Fakta yang kita kena tahu balai polis Bukit Kepong bukan sekadar balai tapi ia adalah RUMAH bagi pegawai polis dan keluarga mereka!  dan perjuangan mereka (anggota polis yang terlibat) adalah untuk menyelamatkan rumah mereka (balai polis Bukit Kepong) daripada dicerobohi oleh keparat komunis. dari segi analoginya adakah wajar untuk kita membiarkan orang sesuka hati melakukan apa saja pada tempat tinggal dan anggota keluarga kita tanpa melawan? kenapa perlu serang balai polis tersebut? adakah mereka berjaya memerintah dan membangunkan negara komunis dengan hanya menawan balai polis? bodoh!

 Lebih menyayat hati apabila ada diantara isteri-isteri anggota polis yang telah terkorban turut bergadai nyawa untuk menuntut bela kematian suami mereka dan menyelamatkan nyawa anak-anak kecil yang tidak berdosa. Allahuakhbar. apa salah mereka mempertahankan tempat tinggal mereka? dalam komunis mereka menghalalkan apa jua darah sekalipun. tetapi adakah membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa halal dalam islam? tidak!

 Jangan sesekali menganggap Parti Komunis Malaya adalah berlainan dengan Parti Komunis Indonesia dan juga di Russia. mereka dalah entiti yang sama dan perjuangan mereka dalah sama iaitu menubuhkan negara komunis dan menolak sebarang jenis agama. nak jadi manusia apa yang tak ada pegangan hidup? Karl Marx yang dah nak mati semasa hayat hidupnya berkali-kali menyebut nama tuhan supaya tidak dicabutkan nyawa (berdasarkan apa yang saya tahu, kalau salah harap diperbetulkan).

 Apa yang akan terjadi kalau negara kita dikuasai oleh komunis? itulah gunanya sejarah dan pentingnya sejarah bagi kita. cuba lihat kesan ideologi komunis di eropah timur seperti Russia. semua agama diharamkan dan anda dilarang untuk menjalankan sebarang kegiatan agama. di mana letaknya hak seseorang mengenai kebebasan beragama di sini? adalah salah bagi kita untuk menafikan hak orang lain. dan kalau Malaysia adalah sebuah negara komunis apakah yang akan terjadi kepada tiga agama utama di negara kita iaitu Islam (agama rasmi negara) , Hindu dan Buddha? dan apakah yang akan terjadi kepada kepelbagaian budaya yang menjadikan Malaysia itu istimewa pada hari ini?


'''Bacalah sejarah negara-negara asia tengah ketika di bawah USSR. sampai satu tahap generasi muda tak tahu nak solat, puasa dan sebagainya. mereka hanya tahu ucap kalimah syahadah sebab nenek moyang mereka  selalu mengucapkannya'' -Srikandi


 Ini adalah pandangan seorang generasi baru yang berusia 21 tahun yang tak gemar nak melayan politik yang hari-hari disumbat oleh media-media tempatan. sebab bagi saya politik itu adalah kuasa. oleh kerana hendakkan kuasa habis bangsa berpecah-belah ikut haluan dan ideologi masing-masing. banyak perkara yang tak sehaluan daripada sehaluan. parti ni nak memperjuangkan bangsa lagi satu parti nak memperjuangkan agama. tapi adakah mereka sedar majoriti penduduk di Malaysia adalah MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM. mana mungkin perjuangan yang berbeza kalau dua-duanya saling berkait rapat?

 Orang yang boleh berfikir dengan waras yang boleh terima apa yang saya rasa. tapi tak mungkin bagi mereka yang dahagakan kuasa dan menjaga kepentingan masing-masing. kalau orang semuda saya yang dianggap mentah boleh berfikir kenapa tidak mereka yang berumur yang perasaan tahu semua benda ambil masa untuk berfikir?

''tegakkan ISLAM dalam diri kamu nescaya tertegaklah ISLAM itu dengan sendirinya di negara anda'' imam   syahid Hassan al-Banna.

al-Fatihah untuk mereka yang bermandi darah demi menyelamatkan isteri dan anak-anak yang dicintai.


p/s: Kerana Mulut. . . .

Tuesday 6 September 2011

Cinta atau tanggungjawab yang datang dulu?

Assalamualaikum.

 Pernah bercinta? ataupun sedang bercinta? setulus manakah cinta anda? seikhlas manakah cinta si dia? adakah cinta anda jenis cinta monyet? cinta muka buku? cintailah sungai kita? deng! *apahal dengan aku ni? hah!

 Aku cuma tanya je tak ada kaitan dengan apa yang aku nak sampaikan ni. bajet macam Dr. Leb (Love) pulak. waklu Dr. Leb! kahkahkah.

 Entah-entah Dr. Leb tu pun tengah terkial-kial mencari-cari jugak dia punya pasangan. who knows right? dia punya cerita pasal cinta macam expert je. sembang kencang, cang!cang! cang! haha.

 Dekat sini aku bukan nak cerita pasal manusia bergelar Dr. Leb hatta celah mana dia dapat phd cinta tu pun aku tak nak amik peduli. lantak pi kat dia. hehe. pernah bandingkan perkahwinan orang dulu-dulu dengan orang sekarang? maksud aku orang dulu-dulu tu macam atuk dan nenek kita (sebagai contoh). hairankan kebahagian diorang kekal hingga akhir hayat. bila dilihat pada trend masyarakat sekarang kahwin tak sampai setahun dua terus bercerai (segelintir).

 Aku ni tak ada lah pulak nak cakap aku hebat bercerita pasal kahwin. haha. cuma aku terfikir. dan segala apa yang ada di dalam minda aku cuba terjemahkan dalam blog tak ada lah melilau hilang. berbalik kepada apa yang cuba aku sampaikan yang mana menjadi keutamaan dulu cinta? ataupun tanggungjawab?


''kau ni pun satu mestilah cinta datang dulu, kalau tak macam mana diorang nak kahwin'' -mak cik Toekk.

 Yup. memang betul apa-apa pun cinta kena datang dulu. macam sesetengah orang yang bercinta. atas nama cinta lahir anak yang tak ada nasab keturunan (gejala sosial). si bapak yang keparat tak tahu nak bertanggungjawab hilang entah kemana. si ibu buntu memikirkan jalan penyelesaian. akhirnya dibuang saja anak yang tak berdosa di depan surau dengan harapan ada insan yang sudi untuk menjaga anak itu.

 Kalau dia buat macam tu? kalau si ibu main campak dalam tong sampah? macam mana? dah lah berzina, lahir anak luar nikah dan mungkin jadi pembunuh!

 Tapi betul ke cinta mesti datang dulu? setidaknya pun cinta seharusnya digandingkan dengan tanggungjawab. barulah betul kalau setakat perhubungan itu bersandarkan cinta aku rasa tak kemana pun.

Cinta urusan hati, hati urusan Allah.

 Kalau ikut cerita orang tua-tua. pasangan diorang dijodohkan oleh ibu bapa masing-masing. masa tu istilah cinta muka buku pun memang tak ada. kan? adakah mereka saling mengenali pada waktu tu? henpon pun tak ada jauh sekali nak twit twit bagai. tapi boleh je kekal sampai ke hari ini? itulah namanya tanggungjawab! maknanya si atuk dan si nenek tadi dah tahu apa yang harus mereka lakukan. ketepikan soal cinta dan jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.


''takkan terus nak ketepikan soal cinta?'' - pak cik Ngui.

 Cinta itu datang sendiri dan buktinya orang dulu-dulu anak sampai dua belas! hah! tapi tu dulu sekarang dah lain. jarang aku dengar orang zaman sekarang jodoh ditentukan oleh keluarga mereka. tapi aku tak bermaksud untuk menyangkal. ada je pasangan yang ditentukan jodohnya oleh ibu bapa mereka. tapi sangat jarang untuk kita dengar.

 Orang zaman sekarang lebih mengutamakan cinta daripada tanggungjawab. apa yang dimaksudkan dengan aku tanggungjawab tu? macam contoh yang aku bagi pada permulaan entri aku ni. kalau betul si lelaki cinta terhadap si perempuan tu aku rasa dia akan cuba menjadi lelaki bertanggungjawab untuk tidak merosakkan perempuan yang belum dinikahinya tu.

 Kalau betulah si perempuan tadi cinta dekat si lelaki tu dia pun ada tanggungjawab untuk mengatakan tidak kepada perbuatan terkutuk macam tu. tanggungjawab apa? tanggungjawab seorang muslim.

 Bercinta tapi tak ada sifat tanggungjawab. sangat parah.

 Kawan aku pernah cakap, kalau rasa diri belum bercinta baik jangan cuba tunggu je jodoh datang sebab jodoh ni tak tahu macam mana dia bakal berlaku dekat kita. entah-entah anak jiran depan rumah kita yang tak pernah bertegur sapa tu yang bakal kita kahwin. memang seronok kalau bercinta itulah orang yang kita sayang kalau bandingkan Aaron Aziz dengan pakwe sendiri. pakwe sendiri lagi encem! haha. once, bila kau dah putus macam-macam kena ungkit dia punya rasa bila putus tu macam tak boleh terima. time tu mulalah mencari-cari sejadah, baca al-Quran buat solat sunat taubat. dulu masa bercinta lalai nak ingat DIA.

 Apa yang aku mengarut ni? deng! teringat pulak kisah membe aku dekat matrik dulu. haha. tak baik cerita keaiban orang. ingat tau blog blog jugak tapi jangan sampai jadikan blog tempat untuk membuka keaiban orang. tak nak! tak nak! tak nak! :)

Monday 5 September 2011

Cerita dia (History)


Assalamualaikum.

 Dah hujung-hujung cuti semester ni dah jarang aku update blog *ada ke orang nak baca masalahnya? hah! mungkin faktor kebuntuan idea menjadi punca, tak tahu nak tulis apa. aku ni bukanlah jenis blogger yang suka update kisah percintaan diri mahupun mencanang apa yang aku buat semasa cuti semester.

 Lately aku banyak habiskan masa menjadi silent reader daripada menjadi blogger. blog yang aku baca pulak bukanlah blog top blogger ataupun blog para retis blogger yang mengklaimkan dirinya sebegitu rupa.

 Aku baca blog sejarah. sejarah? mungkin ada sesetengah orang cakap ''bapak bosan baca sejarah tak ada life!'' kan? tak pun mesti ada yang cakap macam ni ''sejarah? subjek paling aku tak suka masa sekolah menengah dulu!''. alahai sedihnya.

 Sejarah yang aku baca pulak bukan calang-calang sejarah. bukan sejarah mengenai bagaimana Francis Light membuka negeri Pulau Pinang jauh sekali pasal pembunuhan J.w.w Birch oleh Dato' Maharajalela di Pasir Salak. tapi sejarah yang menjadi bahan bacaan aku sejak kebelakangan ni adalah sejarah bangsa Melayu.

 Kenapa dan mengapa? tak ada paksaan dan tak ada siapa yang suruh. semua ni atas inisiatif sendiri untuk mendalami sejarah silam dan kehebatan bangsa aku sendiri. apa yang hebatnya bangsa melayu ni? kaji lah dan aku yakin anda semua akan kagum. bukan tujuan untuk berbangga diri atas semua ini tapi menjadikan iktibar untuk kita sebagai generasi pada masa kini. 

 Aku memohon maaf andai apa yang aku tulis ini berkisarkan kekaguman aku pada bangsa aku sendiri (kepada mereka yang bukan berbangsa melayu). 

 ''Anda kenal pada bangsa anda sendiri?'' -cuba diajukan soalan ini pada seratus orang pemuda dan pemudi melayu pada generasi kini. kenalkah kita? (aku termasuk golongan yang jahil tentang sejarah bangsa sendiri). apa jawapannya?

 Siapa sangka Jose Rizal, pejuang Filipina itu adalah seorang melayu! dan nama kota Manila itu berasal daripada perkataan Amanillah yang membawa maksud dibawah keamanan Allah.

Jose Rizal

                                                               * * * * * * * * * * 

 Aku lihat pola masyarakat kita lebih mempercayai sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengkaji dahulu kesahihan apa jua sumber yang kita baca, dengar dan lihat kemudian terus membuat spekulasi yang bukan-bukan. mungkin ini yang telah diamalkan oleh kita sejak dibangku sekolah kita terus terima apa yang telah ditulis didalam buku teks. 

 Subjek sejarah yang diajarkan pada zaman sekarang hanyalah sekadar melengkapkan gred untuk melayakkan diri ke pusat pendidikan seterusnya. tak ada penghayatan langsung alahai sedihnya.

 Tapi sebagai bangsa melayu pernahkah kita terfikir akan asal usul nenek moyang kita? aku rasa perbalahan antara Indonesia dan Malaysia mengenai penculikan budaya tak akan berlaku kalau kita kaji sejarah secara mendalam. aku akui fakta dan sumber mengenai ilmu sejarah aku sangat cetek dan hanya belajar sejarah semasa disekolah menengah. 

Enrique of Malacca/Hitam
 Anda tahu siapa beliau? beliau adalah pembantu kepada peneroka lautan berbangsa Portugis iaitu Ferdinand Magellan. kenapa aku tak menyatakan beliau adalah hamba/slave? kerana beliau mahir akan selok belok lautan yang menjadi kepakaran orang melayu pada masa itu :)

 Kenapa aku cakap macam tu? sebelum penjajahan Belanda ke atas Indonesia (Indonesia adalah nama  yang telah diberikan oleh penjajah Belanda ke atas wilayah nusantara seberang tanah melayu) dan sebelum penjajahan Inggeris ke atas tanah melayu dan sebelum bermulanya zaman kesultanan melayu Melaka oleh Parameswara tamadun melayu sudah lama bermula. jadi tak timbul isu pengklaiman budaya lainlah kalau kebanyakkan rakyat Malaysia orang putih memang boleh didakwa mencuri kebudayaan Indonesia. kan? bahkan Angkor Wat dan sebahagian khazanah yang ada di sekitar Kemboja dan Thailand ada perkaitan dengan ketamadunan melayu!

 Betapa pentingnya sejarah! dulu tak salah aku pernah timbul isu untuk memansuhkan subjek sejarah daripada dimasukkan kedalam subjek yang patut diambil untuk SPM. bagi aku ini kerja gila (sangat serius) alahai dah la malas nak belajar sejarah takkan terus nak lenyapkan subjek sejarah yang sangat menarik untuk diceritakan kepada anak cucu dimasa hadapan.

 George Santayana pernah menyebut siapa yang melupakan sejarah PASTI akan mengulanginya. dan ianya benar! tujuan utama kita belajar sejarah adalah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran supaya kita tidak mengulangi perbuatan yang serupa. Allah juga menyuruh kita mengambil iktibar akan umat-umat terdahulu sebagaimana kaum Lut dan Thamud yang dilenyapkan kerana kekufuran dan keingkaran mereka kepada utusan Allah.

 Apa yang menghairankan aku bangsa kita (segelintir) berusaha membaratkan diri mereka melaui gaya hidup, pemakanan mahupun pakaian sedangkan orang di eropah seperti Russia (hanya meletakkan satu contoh) berusaha untuk belajar bahasa dan budaya melayu! fikir fikirkan. hebat sangatkah bahasa dan budaya melayu sehingga orang eropah berlumba-lumba untuk belajar anugerah Allah yang hebat ini? kenapa tidak mereka belajar cara hidup dan budaya orang Amerika mahupun Jerman yang jauh lebih maju (negara kelas pertama) sedangkan kita masih terkapai-kapai dan bahkan hampir sifar untuk menceritakan kepada bangsa lain mengenai sejarah kita yang bagi aku tersangatlah hebat!

Pahlawan melayu yang segak dengan Istinggar.

 Tahun 2011 genaplah 500 runtuhnya zaman kesultanan melayu Melaka. nak tahu satu fakta? bangsa yang boleh menjatuhkan bangsa melayu ini sebenarnya bukanlah berbangsa Sepanyol, Portugis mahupun Inggeris. cuba kaji sejarah berapa kali serangan Portugis berjaya dipatahkan oleh kerajaan Melaka ketika itu? sebenarnya yang bisa dan ampuh menjatuhkan bangsa melayu itu adalah bangsanya sendiri! tak percaya? kajilah sejarah. tapi malangnya pengajaran macam ni tak pernah dijadikan iktibar oleh generasi masa kini. sebab tu aku sikit pun tak hairan bila ada orang kita kondem sesama kita. ;)

Istinggar atau dalam bahasa Inggerisnya Musket.
 Kita dimomokkan bahawan senjata orang melayu zaman dahulu hanyalah keris dan lembing. cuba fikir sejenak kalau benarlah keris dan lembing menjadi senjata utama ditambah dengan hikayat Amir Hamzah yang dijadikan pencetus semangat kekuatan untuk menentang penjajah keparat seperti Portugis yang rata-ratanya mempunyai senjata yang canggih tapi kenapa pada percubaan pertama mereka untuk menjajah Melaka gagal? sebab itulah kita kena kaji jangan terus telan apa yang diberi didepan mata. Istinggar, Lela Rentaka adalah contoh senjata orang melayu pada ketika itu. dan senapang yang digunakan oleh kapten Jack Sparrow adalah iras-iras kepada senjata orang melayu. ada lagi kapal Mendam Berahi dizaman kesultanan melayu Melaka (betulkan kalau aku silap) adalah lagi besar daripada kapal the Black Pearl yang sebenarnya bukanlah kapal jenis battleship seperti the Flying Dutchman tu. nampak macam mengarut tapi itulah fakta yang tak pernah nak dikorek dan dikaji! dan apa yang hebatnya tentang kapal orang melayu pada ketika itu adalah sistem pembuatannya sikit pun tak guna paku seperti apa yang kita boleh lihat pada istana Seri Menanti. 
ini adalah pistol Jack Sparrow


ini adalah Pemuras senjata orang melayu!



 Banyak sebenarnya yang kita akan peroleh jika kita mengkaji sejarah tentan bangsa kita tak rugi pun. jangan kita jadi macam bangsa Filipina yang masih kecelaruan identiti. lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Sepanyol kepada mereka. habis semua mubaligh kristian Sepanyol mengkristiankan penduduk di sana. dan nama Filipina itu sendiri sebenarnya adalah nama Raja Sepanyol iaitu Raja Philip! kini hanya kepulauan Sulu yang masih kuat akan kemelayuannya. cuba tengok melayu di Singapura yang kini menjadi bangsa minoriti. padahal kita sedia maklum Indonesia-Malaysia-Selatan Thailand-Brunei-Temasik adalah dibawah satu kuasa nusantara yang hebat. tapi kini hanya tinggal sejarah dan sejarah itu makin dilupakan.

 Akhirul kalam, kalau bangsa-bangsa lain berusaha belajar mengenai bangsa yang misteri ini kenapa tidak kita sebagai bangsanya?

Friday 2 September 2011

Duit raya bukan ukuran.

Assalamualaikum.

 Macam mana dengan raya? berapa kepuk dapat duit raya? mesti berkepuk-kepuk! tak puas hati!. untunglah ada orang sudi nak hulur sampul yang berisi duit kan?

 Kalau dulu aku beraya dengan bersusah payah semata-mata nak kumpul duit raya yang tak berapa nak ada tu. segala jenis biskut dalam balang tu aku makan nak jaga hati tuan rumah punya pasal. nanti apa pulak diorang cakap datang beraya sebab nak duit raya. itulah tujuan sebenar kami mak cik pun. hah!  tapi sekarang, duit raya yang cari aku. nampak sangat aku bukan mata duitan. kan?

Dah orang kasi takkan aku nak tolak. jangan lah nak berdalih buat alasan macam ni.

''eh takpe lah mak Long/mak Ngah/mak Lang etc. orang dah besar lah buat apa nak kasi duit raya''

 Alasan yang sangat cliche. lepas tu dengan muka yang tersipu-sipu malu duit raya yang dihulur tadi di ambil dengan sopan seraya berkata ''selamat hari raya mak Long/mak Ngah/mak Lang etc.'' ingat aku tak tahu? sila ambil serkup kepala sekarang kita serkup muka ramai-ramai. aku pun sama sebenarnya. kahkahkah.

 Keluarga belah incik abah aku ada dalam 12 orang adik beradik. cuba bayangkan kalau tiap seorang bagi aku RM100. tambah duit sikit boleh angkat iPad. pandai jugak aku berkalkulus ni. tapi aku kena terima hakikat duit raya aku tahun ni cuma RM17 sila jangan gelak. tak boleh angkat iPad janji boleh angkat GCB apa?

 Dulu aku kira duit siap meniarap atas lantai lagi. asingkan duit ikut warna  kalau boleh biar se'pattern' baru nampak kacak duit tu. maksud aku kalau susun duit tu biar satu side semua gambar incik sultan yang segak bertengkolok. hah!

 Kalau orang dah kasi duit raya terima ajelah. jangan nak buat muka suci sangat. orang kasi sebab dia hargai kita. kalau taknak boleh bank-in dekat aku. tahulah aku nak membelanjakannya. haha!

kredit: Gugel

 A few days ago. tak salah aku hari raya yang ke-2. tengah aku cakap dengan sepupu. tiba-tiba anak buah mencelah.

''duit raya ni Aiman nak beli kereta dengan al-Quran''

 Suasana menjadi sepi kami berdua saling berpandangan. deng! makan dalam siot!. 

 Kalau aku tengah kunyah biskut raya time tu mau tersedak. you guys (lelaki) aku nak tanya apa korang buat dengan duit raya tu? I mean when you guys kecik-kecik dulu?. kalau perempuan tu boleh consider lah lagi. benda pertama dalam kepala otak  mesti nak angkat segala jenis permainan. paling top kereta kontrol. nampak tak pemikiran seorang lelaki? sekali lagi deng! haha.

 Bila dah besar macam ni tak terdetik pun aku nak fikir pasal duit raya. kalau ada aku ambil sambil melemparkan senyuman macam ni :)

 Hari raya yang bermakna bagi aku bukan terletak berapa jumlah wang yang ada dekat dalam sampul raya. tapi waktu macam ni lah kau nak kenal rapat saudara-mara kau baik belah abah ataupun belah mak. cuba tanya budak-budak zaman sekarang kenal tak diorang dengan saudara-mara diorang sendiri? aku tinggalkan persoalan dekat situ.

p/s: aku mixed rupanya. separuh jawa dan separuh melayu. moyang belah incik abah asal dari Jogjakarta. tapi haram sepatah jawa aku nak faham.oh ada satu, kabare? 

patutlah ada iras-iras Afghan. sigh.


Saturday 27 August 2011

Lelaki yang over-react daripada perempuan


Assalamualaikum.

 korang (especially perempuan) pernah terfikir pasal lelaki yang terlampau over-react? menurut kamus dwi-bahasa Inggeris-Melayu aku, Over-react (verb) bermaksud bertindak balas secara keterlaluan. dari segi bahasa mudahnya 'over'.

 Lelaki over yang aku maksudkan ni lebih terarah mengenai perihal kewanitaan. terlampau concern (interest in) pasal perkara yang berkait rapat dengan perempuan lebih dari perempuan tu sendiri. jangan salah faham dengan konsep lelaki lembut pulak. itu lain cerita.

 Apa yang aku nak sampaikan adalah mengenai lelaki normal yang suka buat apa yang perempuan buat. dari sudut lelaki tipikal macam aku agak janggal bila ada lelaki yang tersangat ambil tahu mengenai warna langsir, karpet, gubahan bunga and etc.

 Sangat rare untuk aku jumpa kawan-kawan lelaki macam ni. percaya atau tidak lelaki jenis ni memang wujud. cuma kita tak sedar mengenai kehadiran diorang. 

 Bagi aku lah, guys like them sangat bagus sebab diorang amat teliti dengan benda seremeh macam tu. tapi kalau dah terlampau sangat pun tak boleh jugak. ye tak? sedangkan puan emak tukar langsir baru pun aku tak perasan. haha. inikan pulak nak suggest warna langsir. sebab bagi aku perempuan tu sendiri lebih baik dalam menilai benda-benda macam ni. 

 Mungkin dah memang fitrah lelaki agaknya tak suka nak ber'complicated' bagai. bagi aku selagi benda tu simple aku cuba sesimplekan yang mungkin. tak percaya? cuba tengok handbag adik/kakak atau emak korang. berapa banyak item yang ada dalam tu? purse, compact-powder, segala jenis pedicure dan banyak lagilah. kan? haha. dalam wallet aku cuma ada i/c, kad atm dengan duit. kadang-kadang aku tinggalkan wallet kalau nak keluar. rimas pun ada. padahal nak menapak kedai dekat depan rumah je pun.

 Mungkin ada yang anggap sesetengah perempuan yang sumbat segala jenis item dalam handbag diorang tu macam terlampau nak komplekskan keadaan. yelah kalau aku tengok pun serabut jugak. hehe. jangan marah. tapi sebenarnya aku suka dengan perempuan macam ni. opss. statement disitu.

 Kenapa ya aku cakap macam tu? sebab perempuan macam ni sangat teliti dan peka dengan keadaan sekeliling tak macam lelaki. aku akui dan tersangatlah akur akan keterbatasan aku sebagai lelaki. cuba kau tanya lelaki berapa ramai yang bawak item macam pemotong kuku? daripada sepuluh orang aku rasa semua tak bawak. kahkahkah. sebaliknya cuba kau (lelaki) tanya perkara yang sama dekat perempuan. itu adalah hakikatnya. kan? benda seremeh macam tu yang boleh bagi impak dekat diri pun kita (lelaki) tak pernah fikir. tak tercapai di akalmu. hah!

 Berbalik pasal lelaki yang over-react pulak aku rasa perwatakan dia lebih kurang sama dengan perempuan. perwatakan tak sama dengan ciri-ciri. boleh? aku tak rasa perempuan akan annoying bila berhadapan lelaki jenis macam ni. kan? kalau dari segi ketelitian aku pulak. aku lebih teliti pasal hal yang berkaitan dengan hal kelakian. contoh paling mudah bila nak beli kasut futsal. aku akan pandang tiga benda jenama, design dan harga. tapi perempuan mesti fikir macam ni pulak. 

''kenapa nak beli mahal-mahal sangat kasut futsal tu? padahal sepak bola je pun''

 Nampak tak permainan dia dekat situ? 

 Lelaki macam aku lebih suka fikir perkara macam tu. karang kalau aku over-react pasal isu warna kain langsir nanti puan emak cakap aku meroyan pulak. kahkahkah.

p/s: kalau lelaki kuat membebel macam mana pulak? :P

Mengejar sebuah malam

Assalamualaikum.

Surah al-Qadr (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
                                                                    
                                                                     * * * * * * * * * *

 Alhamdulillah pejam celik dah masuk 27 Ramadhan. macam mana dengan puasa? penuh tak? tak ada alasan uzur bagi seorang lelaki. haha.

 Kadang-kadang aku tak faham. kenapa sesetengah manusia angkuh. maksud aku cuba mencari alasan untuk tidak berpuasa.

 Aku ni bukanlah bagus sangat nak sekolahkan orang. sebab aku mengaku ilmu agama aku masih lagi tak cukup macam separuh buih ditengah lautan. tapi apa yang aku nak sampaikan berasas dan relevan. itu realiti kehidupan yang aku dapat lihat dengan mata aku sendiri.

 Cuma yang aku terkilan mana letaknya agama? mana kepentingan agama tu sendiri. yang aku hairannya bila timbul isu negatif yang membabitkan agama islam ramai yang melatah. (adalah wajib bagi seorang islam membela agamanya). islam katanya, tapi bila nak melaksanakan rukun islam yang ke-3 macam-macam alasan. 

 Dengan muka tak malu boleh pulak melantak secara terang-terangan. muka tebal macam dinding betul. aku tak kisah orang macam ni tak puasa ke tak. sebab itu urusan kau dengan tuhan. at least please show some respect dekat orang yang puasa boleh?

                                                                       * * * * * * * * * *

 Hujung-hujung Ramadhan ni makin berkurang pulak jemaah dekat surau. yang peliknya dekat luar surau bukan main seronok lagi main mercun. jadah apa? selagi tak putus jari selagi tu tak pernah beringat. kan?

 Dalam Ramadhan ada Lailatul Qadr. bukan malam Lailatul Qadr ye. kenapa? sebab Lailatul tu sendiri dah membawa maksud malam kalau ditejemahkan malam-malam Qadr. seperti yang kita maklum Lailatul Qadr berlaku cuma satu malam.



 Malam umpama kita beribadat seribu bulan. umat Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) tak hidup lama macam umat-umat rasul terdahulu. beribadatlah macam mana sekalipun nescaya kita tak dapat tandingi amalan pengikut rasul terdahulu. itu pun ada lubang-lubang tak sempurna mana pun. astagafirullah.

 Tapi tak ramai nak ambil peduli kejar Lailatul Qadr. hanya satu malam tapi ganjaran umpama seribu bulan. dari segi matematiknya 1 tahun bersamaan dengan 12 bulan. jadi seribu bulan di bahagi dengan 12 bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun 3 bulan. kalau diikutkan sangat mustahil untuk umat Rasullulah sempurna ibadatnya sepanjang 83 tahun 3 bulan. kalau ada pun bukan calang-calang orang. subhanallah.

 Malam-malam terakhir macam ni orang lebih suka kejar sale last minute daripada ganjaran Allah yang bernilai seribu bulan. orang lagi sebak bila dengar lagu raya daripada menangis sebab Ramadhan bakal meninggalkan kita.

 Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”


Friday 26 August 2011

Rambut itu lambang cinta dan kasih sayang.

Assalamualaikum.

ok. sila jaga dahi sendiri daripada berkerut.

definisi:

Cinta;

Cinta adalah perasaan normal bagi makhluk sekalian alam. kalau tak ada this kind of feeling harus buat lompat si katak lompat sepuluh kali sekali dua puluh kali dua kali. macam mana tu? aku bergurau. tak boleh bergurau? janganlah serius sangat. haha.

Kasih Sayang;

Kasih sayang pulak timbul daripada perasaan cinta itu sendiri. tak ada istilah aku sayang kau tapi aku tak cinta kau. sila jangan sempitkan cinta tu macam hubungan Seth Tan dengan Nora Elena. boleh? bagus!

sumber - kamus persendirian Muhamad Azmeer. berminat? sila pm aku untuk keterangan lebih lanjut. harga boleh runding. ahaks!


                                                                   * * * * * * * * * *

berbalik kepada apa yang aku nak cakap. cinta tu tak ubah macam rambut. peduli apa aku rambut belah tengah ke? spikey hair ke? tak pun rambut yang dilumuri dengan minyak rambut Tancho. janji kata kunci dia rambut. kan?

rambut perlukan masa untuk tumbuh macam tu jugak dengan cinta. cinta perlukan masa untuk serasi dengan jiwa. apa kau rasa (untuk lelaki) bila rambut panjang? ada yang rimas ada yang suka. betul tak?

bila dah suka timbul lah sayang. bila dah rimas timbul lah benci. persoalannya apa yang kita akan buat terhadap sayang dan benci tu?

baiklah, aku yang tanya aku yang jawab (ini teknik melatih diri namanya ). bila timbul perasaan sayang, rambut tu dibelai dan dimanja tak berbelah bahagi. bagai menatang minyak yang penuh. menatang bukan binatang. 

nikmat bilamana rambut mengerbang dituip angin sukar untuk dijelaskan. lebih kurang macam kau goyang kepala laju-laju sebab nak kasi rambut kau melibas-libas bila tak ada angin. macam tu lah agaknya. ahh naice! mungkin ini benda yang normal bagi wanita. tapi sangat extraordinary bagi aku.

percintaan aku dengan rambut tak kekal lama. aku kena akur restu puan emak dan incik abah wajib dipatuhi. gila apa nak jadi anak derhaka? tak nak aku! disebabkan desakan keluarga. akhirnya percintaan selama empat bulan aku berakhir di tangan gunting. dasar gunting jahat! padan muka kau kena marah dengan aku. kahkahkah.

bercucuran rambut jatuh dari atas kepala. tak ubah macam linangan air mata seorang perempuan yang direjek oleh seorang lelaki. haih.

sekarang aku mula merindui saat-saat bergembira bersama pengering rambut warna merah puan emak. rambut yang digunting tu pulak tak ubah macam hubungan yang terhenti separuh jalan. gunting? orang ketiga lah.

hilang cinta lama tumbuh cinta baru. (aku cakap pasal rambut ea!). harapan nak bela rambut lepas ni. jawabnya aku kena tunggu cuti semester tahun depan la gamaknya. skizo apa nak bela time study? silap hari bulan dapat saman dengan abang kemeja biru UiTM.

demm! tak merasa aku nak beraya dengan rambut panjang.


p/s: maafkan abang 'sayang', abang tak terdaya nak selamatkan perhubungan cinta kita. kahkahkah. macam haram!