Friday 3 February 2012

Penyakit mental yang serius!

Assalamualaikum,

 Ohaa! lama gi-lah guwa tinggalkan belog guwa yang satu ni sejak gobemen kasi cuti semester empat bulan untuk para mahasiswa tahun lepas. hidup! hidup! mahasiswa! wehuuu! :D

Guwa rasa masyarakat meleis (baca Malaysia) sekarang berhadapan dengan masalah yang amat seriyes! semenjak butang 'share' pesbuk telah wujud. yuppa! sharing the information among the facebookers!

 Informasi boleh jadi dalam bentuk gosip-gosip para retis zaman malayneum sampailah potongan-potongan hadis yang bertujuan untuk berpesan-pesan kepada sesama manusia. naise kan? :D

 But the serious part is. . . .

don't kopipes it wrongly!


 Selalunya orang akan main kopipes je. bila terbaca something yang interesting diorang terus share. guwa tahu berkongsi ilmu pengetahuan tu a part of sedekah sebab we think we are doing the right things. right? but is that so?

 Na ah ah ah ah, you doing it wrongly peoples!

 Segelintir mentaliti orang kita bila post something to be read on facebook's wall page is that they didn't think too much. yup! true story broh! dalam bahasa mudah, depa dok percaya bulat-bulat jah. betui tak betui lantak pi lah. kan?

 Baru-baru ni guwa perasan, ramai orang share tentang usaha nak boikot satu produk roti yang mana dia punya owner kilang ni are non-meleis (baca Melayu). sebab diorang cakap roti tu ada babi! guwa tak tahu pulak sekeping roti tu boleh muat nak masukkan seekor kinjir! AHAHAHA! okay seriyes guwa tak tahu pasal tu sebab guwa tak pernah beli pun. hiks!

 So, orang-orang meleis yang baca pasal post tu pun percaya bulat-bulat dan ambil tindakan yang sama dengan berkongsi apa yang dia baca dengan facebookers yang lain. then, facebookers yang baca pun will do the same thing. so cerita pasal benda ni akan tersebar cepat macam sistem MLM. pftt.

 Betul ke roti tu ada kinjir ataupun DNA kinjir? gila hebat pembuat roti tu sebab beliau pakar dalam bidang genetik engineering. boleh pulak main senyawa DNA kinjir dengan roti. kahkahkah.

 Guwa sedih dengan benda-benda macam ni. seriyesli sepeking. Apa guna Allah s.w.t kurniakan akal untuk berfikir. hanya akal dapat membezakan antara hak dan batil (benar ataupun dusta). kenapa terus percaya bulat-bulat? kenapa tak luangkan masa seketika untuk mencari kesahihan sumber yang dibaca?

 Sekurang-kurangnya pergilah dekat wall page Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk pengesahanan sekiranya produk tu ada unsur-unsur yang meragukan. mana mungkin diorang senang-senang nak kasi logo halal kalau tak ada pemeriksaan untuk kelulusan sesuatu produk makanan. am I right?

 We are doing the right things kalau kita berfikiran macam ni. sebabnya kita dah selamatkan umat islam daripada menyebar fitnah. sama jugak macam perkongsian ilmu hadis dan artikel-artikel islamik. perlu dihalusi sama ada hadis itu sohih atau pun palsu. nauzubillah.

 Cuba ambil iktibar daripada kisah seorang pendeta yahudi yang bernama Abdullah bin Salam. beliau tidak percaya akan baginda Rasulullah s.a.w adalah utusan terakhir Allah s.w.t sehinggalah beliau berjumpa, melihat dan bertanya tiga buah soalan kepada baginda sendiri untuk mendapatkan kepastian.

 Akhirnya pendeta tersebut memeluk Islam kerana kebenaran yang ada pada setiap jawapan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.



 Kbai. ohaaa!