Friday, 14 October 2011

Kerana aku seorang Melayu: Sifat kemelayuan yang kian layu.


 Assalamualaikum,



''Takkan Melayu hilang di dunia.'' - Laksamana Hang Tuah. 

 Bait kata yang sangat mahsyur dalam dunia melayu. ya memang benar bangsa Melayu itu tidak hilang. carilah di timur dan di barat dunia, bangsa Melayu itu sememangnya ada samada menjadi perantau mahupun menetap di tempat orang. tak macam bangsa-bangsa seperti Red Indian ataupun Maya, bangsanya habis binasa angkara conquistador (penjajah) keparat yang sentiasa menjadi golongan opportunist yang menggila mengaut serta memonopoli segala hasil bumi yang ada sekaligus melenyapkan ketamadunan bangsa-bangsa tersebut dan akhirnya mengklaimkan diri mereka sebagai bangsa yang hebat lagi gagah. hebatkah para conquistador ini? layakkah mereka mengklaim diri mereka sebagai bangsa yang kuat dengan menafikan hak sesuatu bangsa yang lain? kuatkan mereka apabila berjaya menjajah bangsa yang lemah? gagahkah mereka apabila berjaya mengaut hasil bumi orang lain? tidak! mereka bukanlah kuat mahupun gagah seperti yang kita sangkakan. kerana sikap mereka ini tak ubah seperti seorang perompak dan juga seperti seorang pembuli. mereka adalah penzalim yang tidak layak diberi penghormatan langsung bahkan mereka adalah bangsa yang paling keji selepas bangsa-bangsa yang telah dilenyapkan oleh Allah s.w.t seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.

 Melayu abad ke-21 memang jauh bezanya jika dibandingkan dengan Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal oleh kita. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu masyarakat Melayu umpama sebuah konkrit yang sukar untuk ditembusi mahupun diruntuhkan. mereka berganding bahu dan sanggup bermandi darah dalam perjuangan menentang segala macam bentuk penentangan terhadap mereka kerana tidak rela tanah Melaka jatuh ke tangan orang lain. sebagai contoh penduduk Melaka bersama-sama para pemimpin serta sultan Melaka sendiri pada masa itu sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir untuk menyekat kemaraan para conquistador yang datang bermula daripada serangan Portugis pada tahun 1511 kemudian beralih kepada Sepanyol, Belanda sehinggalah kedatangan raja kepada segala conquistador iaitu Inggeris. kalau diikutkan dari segi logik akalnya bangsa Melayu sudah habis lenyap diatas muka bumi ini sama seperti bangsa Red Indian dan Maya sepeti saya sebutkan diawal penulisan saya kerana dek serangan bertali arus oleh para kafir laknatullah ini.

 Bangsa Filipina kehilangan identiti mereka sendiri angkara Sepanyol. sahabat serumpun kita di Indonesia merana kerana Belanda. Temasik hilang kemelayuannya angkara imigran dari tanah besar China akibat agenda Inggeris. sedangkan pada waktu dan ketika itu Melaka diancam oleh empat buah kuasa besar dari eropah. fakta yang kita harus maklum pada waktu itu kuasa utama di eropah adalah Inggeris dan pada abad ini kuasa utama dunia adalah Amerika Syarikat. sedangkan kota Jerusalem di Palestin boleh dirampas kembali daripada tangan Solehuddin al-Ayubi. siapa tidak kenal dengan Solehuddin al-Ayubi panglima Islam yang terunggul sama seperti Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menawan kota Konstantinople pada usia yang sangat muda (lingkungan 20-an) ini kan pula sebuah negara Melayu yang kecil yang tidak punya panglima Islam yang berani lagi gagah pada masa itu. siapalah Hang Tuah kalau nak dibandingkan dengan Sultan Solehuddin al-Ayubi ataupun sultan Muhammad al-Fatih?

 Tetapi untuk melenyapkan bangsa Melayu bukanlah tugas mudah bagi keparat-keparat penjajah ini. mereka berkeras dengan kita. kita akan berkeras berkali ganda daripada mereka kerana Melayu pantang dicabar! itu adalah hakikatnya Melayu pantang dicabar! Melayu itu penuh dengan kelembutan tapi dalam kelembutan itu tersimpan keterbatasan. jika keterbatasan cuba diduga bahana yang menanti. akhirnya kita ditawan oleh Inggeris bukan daripada peperangan. kita ditawan kerana sikap kita sendiri. sikap ini memang sebati dengan seluruh bangsa Melayu iaitu sifat lemah lembut. sifat inilah yang dieksplotasi oleh penjajah. mereka tahu mereka tidak boleh menundukkan orang Melayu dengan kekerasan. sebagai alternatif untuk memonopoli hasil bumi di Tanah Melayu pada ketika itu mahu atau tidak mereka gunakan pendekatan yang lebih 'mesra'. dan akhirnya satu per satu negeri di Tanah Melayu menerima residen dan negeri terakhir sekali adalah negeri Johor Darul Ta'zim.

 Itu cerita dahulu bagaimana kuatnya kemelayuan dalam diri orang terdahulu dalam menentang penjajah. ikatan persaudaraan atas nama Melayu itu tidak boleh disanggah. mereka kuat pada agama mereka setia pada bangsa. mereka adalah teladan yang harus dicontohi oleh bangsa Melayu generasi kini. kesepaduan dan kesatuan dalam Melayu-Islam. agama dijaga bangsa dijaga. kekuatan Melayu itu musnah kerana Melayu itu sendiri. sikap dengki dalam diri punca utama mengapa kekuatan yang pernah dicipta oleh nenek moyang kita lenyap begitu sahaja. bila berlaku pertikaian dalaman mulalah mencari orang ketiga untuk menyelesaikan konflik persaudaraan Melayu yang berlaku. dan kebanyakkan pihak ketiga ini merupakan golongan opportunist yang sentiasa memanipulasikan keadaan agar mereka beroleh keuntungan. konflik seumpama ini boleh dijelaskan atau difahami jika kita membaca buku teks sejarah tingkatan  4 atau 5 lebih spesifik lagi pada waktu pemerintahan British di tanah Melayu atau bagi saya lebh terarah pada zaman keruntuhan kegemilangan Melayu.

 Sekarang, Melayu itu cuma wujud hanya pada kad pengenalan yang berwarna biru iaitu pada status bangsa. secara sedar atau tidak Melayu itu semakin pudar dan layu. ibarat sakit yang tidak dirawat dan hanya menunggu waktu mati. ya hanya menunggu waktu mati.

1. Melayu pada nama.

 Cuba lihat nama anak-anak Melayu sekarang. unsur kemelayuan pada nama bagaikan sudah tidak wujud. nama generasi sekarang lebih kompleks dan menjerumus ke arah kebaratan. mungkin kerana nama-nama yang bersifat kemelayuan agak tidak releven digunapakai pada zaman sekarang. secara majoritinya nama-nama Melayu di Malaysia lebih terarah kepada nama-nama arab. kita sedia maklum kedatangan para pedagang dan para pendakwah membawa sinar lembaran Islam yang mahsyur di Malaysia. Alhamdulillah. sebagai contoh nama Muhamad Firdaus. Muhamad sendiri mewakili nama Rasulullah s.a.w yang membawa maksud terpuji dan Firdaus itu adalah nama syurga. ini adalah nama-nama majoriti di negara kita, maksud saya nama-nama yang mempunyai unsur arab. cuba kita lihat pada nama generasi Melayu sekarang sebagai contoh Anyssa Alyssa Eryana. cuba bagi tahu saya tang mana melayunya? ada satu iaitu Anyssa itu pun sudah dibaratkan daripada Anisa yang membawa maksud wanita kepada Anyssa. dan Anisa itu merupakan nama yang diambil dari bahasa arab. jadi apa ada Melayu pada nama? nama-nama seperti Cendana, Kiambang, Kemboja dan Melor itu hanya ibarat mitos. Melayu dan nama-nama bunga sukar untuk kita pisahkan. kenapa ya? hmm.

Kemboja

Melati

Melur


2. Melayu pada penampilan diri.

 Daripada nama kita menyelusuri kepada penampilan orang Melayu pada zaman sekarang.

 Rambut,ada apa pada rambut? ramai generasi muda sibuk mewarnakan rambut daripada hitam manis ke merah,biru,hijau,perang dan macam-macam lagi. nak jadi mat saleh katanya. kalau nak jadi Mat Saleh pahlawan Melayu tak apa juga ini 'mat saleh' berketurunan Conquistador.jadi mat saleh celup pun tak apa asalkan hado. mungkin tujuan mereka lebih kearah imej. mana taknya blonde tu kan cantik tapi mereka lupa yang wanita berambut blonde itu bodoh secara genetiknya (betulkan saya kalau saya salah). jadi bila rambut dah perang pudar lah satu lagi identiti Melayu.

 Bertindik,berantai bagi lelaki, mungkin golongan bertindik ini tidaklah seramai mana. tapi itu adalah realitinya orang Melayu sekarang berani menindik di hidung,pusat dan lidah.lelaki Melayu sekarang pun dah pandai pakai rantai tak ubah macam orang cina. motif? haih dah la kemelayuannya hilang pada nama, rambut pula diwarnakan perang sekarang bertindik pula. ciri-ciri Melayu semakin terhakis di sini.

rambut perang lagi bertindik.


[bersambung. . .]

Saturday, 10 September 2011

Balai polis Bukit Kepong bukan sekadar balai.

Assalamualaikum,

Pertama sekali entri ini ditulis atas permintaan sahabat blogger saya, Kunci Locker.

 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. saya rasa itu adalah perumpaan yang tepat mengenai kenyataan kontroversi Mat Sabu iaitu seorang ahli politik tempatan (saya tidak mahu menyentuh isu politik di sini). kenyataan yang membawa kemarahan banyak pihak apabila beliau menyokong perjuangan  Mat Indera iaitu salah seorang pemimpin dari Parti Komunis Malaya (PKM) ataupun Bintang Tiga dalam menggepalai pengganas komunis daripada kompeni bebas ke-4 dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong.

 Serangan yang dianggotai oleh 200 orang keparat komunis ini telah meragut seramai 17 orang mangsa yang bukan sahaja terdiri daripada anggota polis terbabit malahan ISTERI dan ANAK mereka. wajarkah Mat Indera dan pemimpin komunis yang lain seperti Rashid Maidin dan Ching Peng dijulang?

 Bagi pendapat saya mereka punya alasan tersendiri untuk berjuang dan bagi saya perjuangan mereka lebih terarah kepada menubuhkan negara komunis dan juga menetang ideologi yang dibawa oleh pihak British. Mat Sabu menyanggah perjuangan anggota polis yang terlibat kerana mereka adalah tali barut British. tapi dengan menyokong perjuangan komunis adakah tidak sama seperti menjadi tali barut kepada pihak komunis itu sendiri? kalau benarlah Mat Indera itu seorang pejuang bangsa yang mahu membebaskan tanah melayu pada masa itu dari menjadi negara naungan British kenapa harus menggunakan pendekatan komunis?

Karl Marx

''Relegion is the opium of the people/ Agama adalah candu kepada masyarakat'' Karl Marx. itu adalah ungkapan seorang atheist yang juga pengasas kepada ideologi komunisma ini. jelas sekali ini bercanggah dengan kita sebagai yang beragama islam. komunis tidak percaya pada agama dan British juga tidak percaya kepada tuhan ini tapi adalah tidak patut untuk beliau (Mat Sabu) melontarkan kenyataan yang mengguris hati pelbagai pihak. apa beliau tidak baca novel sastera Bukit Kepong ataupun filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin? memang benar kita tidak boleh tahu kisah sebenar tragedi yang berlaku kepada mereka dengan sekadar membaca novel dan menonton filem tersebut sambil mengkudap biskut raya. tapi itu adalah situasi yang kita boleh gambarkan melalui pembacaan dan pemerhatian kita.

 Fakta yang kita kena tahu balai polis Bukit Kepong bukan sekadar balai tapi ia adalah RUMAH bagi pegawai polis dan keluarga mereka!  dan perjuangan mereka (anggota polis yang terlibat) adalah untuk menyelamatkan rumah mereka (balai polis Bukit Kepong) daripada dicerobohi oleh keparat komunis. dari segi analoginya adakah wajar untuk kita membiarkan orang sesuka hati melakukan apa saja pada tempat tinggal dan anggota keluarga kita tanpa melawan? kenapa perlu serang balai polis tersebut? adakah mereka berjaya memerintah dan membangunkan negara komunis dengan hanya menawan balai polis? bodoh!

 Lebih menyayat hati apabila ada diantara isteri-isteri anggota polis yang telah terkorban turut bergadai nyawa untuk menuntut bela kematian suami mereka dan menyelamatkan nyawa anak-anak kecil yang tidak berdosa. Allahuakhbar. apa salah mereka mempertahankan tempat tinggal mereka? dalam komunis mereka menghalalkan apa jua darah sekalipun. tetapi adakah membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa halal dalam islam? tidak!

 Jangan sesekali menganggap Parti Komunis Malaya adalah berlainan dengan Parti Komunis Indonesia dan juga di Russia. mereka dalah entiti yang sama dan perjuangan mereka dalah sama iaitu menubuhkan negara komunis dan menolak sebarang jenis agama. nak jadi manusia apa yang tak ada pegangan hidup? Karl Marx yang dah nak mati semasa hayat hidupnya berkali-kali menyebut nama tuhan supaya tidak dicabutkan nyawa (berdasarkan apa yang saya tahu, kalau salah harap diperbetulkan).

 Apa yang akan terjadi kalau negara kita dikuasai oleh komunis? itulah gunanya sejarah dan pentingnya sejarah bagi kita. cuba lihat kesan ideologi komunis di eropah timur seperti Russia. semua agama diharamkan dan anda dilarang untuk menjalankan sebarang kegiatan agama. di mana letaknya hak seseorang mengenai kebebasan beragama di sini? adalah salah bagi kita untuk menafikan hak orang lain. dan kalau Malaysia adalah sebuah negara komunis apakah yang akan terjadi kepada tiga agama utama di negara kita iaitu Islam (agama rasmi negara) , Hindu dan Buddha? dan apakah yang akan terjadi kepada kepelbagaian budaya yang menjadikan Malaysia itu istimewa pada hari ini?


'''Bacalah sejarah negara-negara asia tengah ketika di bawah USSR. sampai satu tahap generasi muda tak tahu nak solat, puasa dan sebagainya. mereka hanya tahu ucap kalimah syahadah sebab nenek moyang mereka  selalu mengucapkannya'' -Srikandi


 Ini adalah pandangan seorang generasi baru yang berusia 21 tahun yang tak gemar nak melayan politik yang hari-hari disumbat oleh media-media tempatan. sebab bagi saya politik itu adalah kuasa. oleh kerana hendakkan kuasa habis bangsa berpecah-belah ikut haluan dan ideologi masing-masing. banyak perkara yang tak sehaluan daripada sehaluan. parti ni nak memperjuangkan bangsa lagi satu parti nak memperjuangkan agama. tapi adakah mereka sedar majoriti penduduk di Malaysia adalah MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM. mana mungkin perjuangan yang berbeza kalau dua-duanya saling berkait rapat?

 Orang yang boleh berfikir dengan waras yang boleh terima apa yang saya rasa. tapi tak mungkin bagi mereka yang dahagakan kuasa dan menjaga kepentingan masing-masing. kalau orang semuda saya yang dianggap mentah boleh berfikir kenapa tidak mereka yang berumur yang perasaan tahu semua benda ambil masa untuk berfikir?

''tegakkan ISLAM dalam diri kamu nescaya tertegaklah ISLAM itu dengan sendirinya di negara anda'' imam   syahid Hassan al-Banna.

al-Fatihah untuk mereka yang bermandi darah demi menyelamatkan isteri dan anak-anak yang dicintai.


p/s: Kerana Mulut. . . .

Tuesday, 6 September 2011

Cinta atau tanggungjawab yang datang dulu?

Assalamualaikum.

 Pernah bercinta? ataupun sedang bercinta? setulus manakah cinta anda? seikhlas manakah cinta si dia? adakah cinta anda jenis cinta monyet? cinta muka buku? cintailah sungai kita? deng! *apahal dengan aku ni? hah!

 Aku cuma tanya je tak ada kaitan dengan apa yang aku nak sampaikan ni. bajet macam Dr. Leb (Love) pulak. waklu Dr. Leb! kahkahkah.

 Entah-entah Dr. Leb tu pun tengah terkial-kial mencari-cari jugak dia punya pasangan. who knows right? dia punya cerita pasal cinta macam expert je. sembang kencang, cang!cang! cang! haha.

 Dekat sini aku bukan nak cerita pasal manusia bergelar Dr. Leb hatta celah mana dia dapat phd cinta tu pun aku tak nak amik peduli. lantak pi kat dia. hehe. pernah bandingkan perkahwinan orang dulu-dulu dengan orang sekarang? maksud aku orang dulu-dulu tu macam atuk dan nenek kita (sebagai contoh). hairankan kebahagian diorang kekal hingga akhir hayat. bila dilihat pada trend masyarakat sekarang kahwin tak sampai setahun dua terus bercerai (segelintir).

 Aku ni tak ada lah pulak nak cakap aku hebat bercerita pasal kahwin. haha. cuma aku terfikir. dan segala apa yang ada di dalam minda aku cuba terjemahkan dalam blog tak ada lah melilau hilang. berbalik kepada apa yang cuba aku sampaikan yang mana menjadi keutamaan dulu cinta? ataupun tanggungjawab?


''kau ni pun satu mestilah cinta datang dulu, kalau tak macam mana diorang nak kahwin'' -mak cik Toekk.

 Yup. memang betul apa-apa pun cinta kena datang dulu. macam sesetengah orang yang bercinta. atas nama cinta lahir anak yang tak ada nasab keturunan (gejala sosial). si bapak yang keparat tak tahu nak bertanggungjawab hilang entah kemana. si ibu buntu memikirkan jalan penyelesaian. akhirnya dibuang saja anak yang tak berdosa di depan surau dengan harapan ada insan yang sudi untuk menjaga anak itu.

 Kalau dia buat macam tu? kalau si ibu main campak dalam tong sampah? macam mana? dah lah berzina, lahir anak luar nikah dan mungkin jadi pembunuh!

 Tapi betul ke cinta mesti datang dulu? setidaknya pun cinta seharusnya digandingkan dengan tanggungjawab. barulah betul kalau setakat perhubungan itu bersandarkan cinta aku rasa tak kemana pun.

Cinta urusan hati, hati urusan Allah.

 Kalau ikut cerita orang tua-tua. pasangan diorang dijodohkan oleh ibu bapa masing-masing. masa tu istilah cinta muka buku pun memang tak ada. kan? adakah mereka saling mengenali pada waktu tu? henpon pun tak ada jauh sekali nak twit twit bagai. tapi boleh je kekal sampai ke hari ini? itulah namanya tanggungjawab! maknanya si atuk dan si nenek tadi dah tahu apa yang harus mereka lakukan. ketepikan soal cinta dan jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.


''takkan terus nak ketepikan soal cinta?'' - pak cik Ngui.

 Cinta itu datang sendiri dan buktinya orang dulu-dulu anak sampai dua belas! hah! tapi tu dulu sekarang dah lain. jarang aku dengar orang zaman sekarang jodoh ditentukan oleh keluarga mereka. tapi aku tak bermaksud untuk menyangkal. ada je pasangan yang ditentukan jodohnya oleh ibu bapa mereka. tapi sangat jarang untuk kita dengar.

 Orang zaman sekarang lebih mengutamakan cinta daripada tanggungjawab. apa yang dimaksudkan dengan aku tanggungjawab tu? macam contoh yang aku bagi pada permulaan entri aku ni. kalau betul si lelaki cinta terhadap si perempuan tu aku rasa dia akan cuba menjadi lelaki bertanggungjawab untuk tidak merosakkan perempuan yang belum dinikahinya tu.

 Kalau betulah si perempuan tadi cinta dekat si lelaki tu dia pun ada tanggungjawab untuk mengatakan tidak kepada perbuatan terkutuk macam tu. tanggungjawab apa? tanggungjawab seorang muslim.

 Bercinta tapi tak ada sifat tanggungjawab. sangat parah.

 Kawan aku pernah cakap, kalau rasa diri belum bercinta baik jangan cuba tunggu je jodoh datang sebab jodoh ni tak tahu macam mana dia bakal berlaku dekat kita. entah-entah anak jiran depan rumah kita yang tak pernah bertegur sapa tu yang bakal kita kahwin. memang seronok kalau bercinta itulah orang yang kita sayang kalau bandingkan Aaron Aziz dengan pakwe sendiri. pakwe sendiri lagi encem! haha. once, bila kau dah putus macam-macam kena ungkit dia punya rasa bila putus tu macam tak boleh terima. time tu mulalah mencari-cari sejadah, baca al-Quran buat solat sunat taubat. dulu masa bercinta lalai nak ingat DIA.

 Apa yang aku mengarut ni? deng! teringat pulak kisah membe aku dekat matrik dulu. haha. tak baik cerita keaiban orang. ingat tau blog blog jugak tapi jangan sampai jadikan blog tempat untuk membuka keaiban orang. tak nak! tak nak! tak nak! :)