Saturday 10 September 2011

Balai polis Bukit Kepong bukan sekadar balai.

Assalamualaikum,

Pertama sekali entri ini ditulis atas permintaan sahabat blogger saya, Kunci Locker.

 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. saya rasa itu adalah perumpaan yang tepat mengenai kenyataan kontroversi Mat Sabu iaitu seorang ahli politik tempatan (saya tidak mahu menyentuh isu politik di sini). kenyataan yang membawa kemarahan banyak pihak apabila beliau menyokong perjuangan  Mat Indera iaitu salah seorang pemimpin dari Parti Komunis Malaya (PKM) ataupun Bintang Tiga dalam menggepalai pengganas komunis daripada kompeni bebas ke-4 dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong.

 Serangan yang dianggotai oleh 200 orang keparat komunis ini telah meragut seramai 17 orang mangsa yang bukan sahaja terdiri daripada anggota polis terbabit malahan ISTERI dan ANAK mereka. wajarkah Mat Indera dan pemimpin komunis yang lain seperti Rashid Maidin dan Ching Peng dijulang?

 Bagi pendapat saya mereka punya alasan tersendiri untuk berjuang dan bagi saya perjuangan mereka lebih terarah kepada menubuhkan negara komunis dan juga menetang ideologi yang dibawa oleh pihak British. Mat Sabu menyanggah perjuangan anggota polis yang terlibat kerana mereka adalah tali barut British. tapi dengan menyokong perjuangan komunis adakah tidak sama seperti menjadi tali barut kepada pihak komunis itu sendiri? kalau benarlah Mat Indera itu seorang pejuang bangsa yang mahu membebaskan tanah melayu pada masa itu dari menjadi negara naungan British kenapa harus menggunakan pendekatan komunis?

Karl Marx

''Relegion is the opium of the people/ Agama adalah candu kepada masyarakat'' Karl Marx. itu adalah ungkapan seorang atheist yang juga pengasas kepada ideologi komunisma ini. jelas sekali ini bercanggah dengan kita sebagai yang beragama islam. komunis tidak percaya pada agama dan British juga tidak percaya kepada tuhan ini tapi adalah tidak patut untuk beliau (Mat Sabu) melontarkan kenyataan yang mengguris hati pelbagai pihak. apa beliau tidak baca novel sastera Bukit Kepong ataupun filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin? memang benar kita tidak boleh tahu kisah sebenar tragedi yang berlaku kepada mereka dengan sekadar membaca novel dan menonton filem tersebut sambil mengkudap biskut raya. tapi itu adalah situasi yang kita boleh gambarkan melalui pembacaan dan pemerhatian kita.

 Fakta yang kita kena tahu balai polis Bukit Kepong bukan sekadar balai tapi ia adalah RUMAH bagi pegawai polis dan keluarga mereka!  dan perjuangan mereka (anggota polis yang terlibat) adalah untuk menyelamatkan rumah mereka (balai polis Bukit Kepong) daripada dicerobohi oleh keparat komunis. dari segi analoginya adakah wajar untuk kita membiarkan orang sesuka hati melakukan apa saja pada tempat tinggal dan anggota keluarga kita tanpa melawan? kenapa perlu serang balai polis tersebut? adakah mereka berjaya memerintah dan membangunkan negara komunis dengan hanya menawan balai polis? bodoh!

 Lebih menyayat hati apabila ada diantara isteri-isteri anggota polis yang telah terkorban turut bergadai nyawa untuk menuntut bela kematian suami mereka dan menyelamatkan nyawa anak-anak kecil yang tidak berdosa. Allahuakhbar. apa salah mereka mempertahankan tempat tinggal mereka? dalam komunis mereka menghalalkan apa jua darah sekalipun. tetapi adakah membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa halal dalam islam? tidak!

 Jangan sesekali menganggap Parti Komunis Malaya adalah berlainan dengan Parti Komunis Indonesia dan juga di Russia. mereka dalah entiti yang sama dan perjuangan mereka dalah sama iaitu menubuhkan negara komunis dan menolak sebarang jenis agama. nak jadi manusia apa yang tak ada pegangan hidup? Karl Marx yang dah nak mati semasa hayat hidupnya berkali-kali menyebut nama tuhan supaya tidak dicabutkan nyawa (berdasarkan apa yang saya tahu, kalau salah harap diperbetulkan).

 Apa yang akan terjadi kalau negara kita dikuasai oleh komunis? itulah gunanya sejarah dan pentingnya sejarah bagi kita. cuba lihat kesan ideologi komunis di eropah timur seperti Russia. semua agama diharamkan dan anda dilarang untuk menjalankan sebarang kegiatan agama. di mana letaknya hak seseorang mengenai kebebasan beragama di sini? adalah salah bagi kita untuk menafikan hak orang lain. dan kalau Malaysia adalah sebuah negara komunis apakah yang akan terjadi kepada tiga agama utama di negara kita iaitu Islam (agama rasmi negara) , Hindu dan Buddha? dan apakah yang akan terjadi kepada kepelbagaian budaya yang menjadikan Malaysia itu istimewa pada hari ini?


'''Bacalah sejarah negara-negara asia tengah ketika di bawah USSR. sampai satu tahap generasi muda tak tahu nak solat, puasa dan sebagainya. mereka hanya tahu ucap kalimah syahadah sebab nenek moyang mereka  selalu mengucapkannya'' -Srikandi


 Ini adalah pandangan seorang generasi baru yang berusia 21 tahun yang tak gemar nak melayan politik yang hari-hari disumbat oleh media-media tempatan. sebab bagi saya politik itu adalah kuasa. oleh kerana hendakkan kuasa habis bangsa berpecah-belah ikut haluan dan ideologi masing-masing. banyak perkara yang tak sehaluan daripada sehaluan. parti ni nak memperjuangkan bangsa lagi satu parti nak memperjuangkan agama. tapi adakah mereka sedar majoriti penduduk di Malaysia adalah MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM. mana mungkin perjuangan yang berbeza kalau dua-duanya saling berkait rapat?

 Orang yang boleh berfikir dengan waras yang boleh terima apa yang saya rasa. tapi tak mungkin bagi mereka yang dahagakan kuasa dan menjaga kepentingan masing-masing. kalau orang semuda saya yang dianggap mentah boleh berfikir kenapa tidak mereka yang berumur yang perasaan tahu semua benda ambil masa untuk berfikir?

''tegakkan ISLAM dalam diri kamu nescaya tertegaklah ISLAM itu dengan sendirinya di negara anda'' imam   syahid Hassan al-Banna.

al-Fatihah untuk mereka yang bermandi darah demi menyelamatkan isteri dan anak-anak yang dicintai.


p/s: Kerana Mulut. . . .

No comments:

Post a Comment